Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain.
Meskipun telah dilaporkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan, namun tiada sebarang tindak balas dan dilayan hambar. Pernah juga jawapan yang diterima menyatakan bahawa pihak mereka tiada peruntukan dan meminta kami untuk bersabar.yang menjadi tanda tanya kepada kami ialah mengapa mengambil kami sebagai guru ganti KGSK sekiranya telah ternyata tiada peruntukan untuk membayar gaji kami. Adakah kami guru KGSK ini tidak memerlukan duit untuk hidup? Kesabaran kami ada hadnya juga. bukan kerana tidak mampu bersabar lagi, namum gaji tersebut benar-benar diperlukan. Perkabaran semua pegawai kerajaan bakal menikmati bonus sebulan gaji,sedangkan kami guru KGSKhanya m,ampu berharap agar gaji kami dilunaskan segera. segelintir daripada kami telahpun berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab besar. Kami cuma berharap agar gaji kami dapat dijelaskan dengan kadar segera. By: CIk Embun Ali, Aduan Rakyat , 9 Ogos 2011 http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain. Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan. Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD. Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima. Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM. Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD. Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah. Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji. Kenapa begini? YANG KECEWA Gombak, Selangor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

