TOLONG BAIKI JALAN BUKIT IBAM ! SAYA salah seorang pengguna laluan Jalan Bukit 
Ibam menuju ke Muadzam Shah, Rompin. Apa yang ingin saya mahu kongsi menerusi 
ruangan Rakan Pahang adalah jalan tersebut rosak teruk sejak beberapa tahun 
lalu dan tidak dibaiki sejak sekian lama.

Terdapat beberapa kes kemalangan hingga meragut nyawa di jalan itu akibat 
struktur jalan yang rosak teruk.

Ingatkan keadaan itu hanya disedari oleh saya tetapi orang ramai yang melalui 
jalan tersebut turut meluahkan rasa kecewa mengenainya.

Kalangan yang saya temui memberitahu, jalan tersebut merupakan jalan utama ke 
Bukit Ibam dan telah berlaku banyak kes kemalangan di situ.

Terdapat kira-kira 3,000 pengguna jalan raya melalui kawasan itu setiap hari 
termasuk penduduk di Kampung Ibam, Kampung Aur dan kawasan penempatan Orang 
Asli berdekatan.

Oleh itu, saya berharap masalah ini ditangani segera kerana orang ramai sudah 
tentu mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali melalui jalan berlubang di kanan 
dan kiri jalan.

Pihak berwajib seharusnya mengambil pendekatan proaktif dengan membaiki atau 
menurap semula jalan itu.

Saranan ini dibuat kerana jalan tersebut merupakan nadi perhubungan utama 
penduduk Bukit Ibam ke bandar Muadzam Shah.

MOHAMED SAMIN SALIMULLAH,
Muadzam Shah, Rompin
12 Ogos 2011 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm
 


PEKERJA ISLAM DI PAHANG TERTINDAS, KERAJAAN BN TAK PEDULI !
 
Aduan Rakyat Online
9 Ogos 2010 

Salam. Pihak syarikat perlombongan bijih besi di KM2 Bukit Ibam seperti 
mencabar kami dengan menjalankan operasi hingga lewat malam tanpa peduli 
waktu-waktu umat Islam berbuka serta solat. 

Yang pasti tokey nya pasti KAFIR, tapi pihak pengguasa tempatan pasti beragama 
Islam (mungkin) pun sama tidak pedulikan kemulian bulan Ramadhan. 

Pencemaran BUNYI begitu menusuk telinga hinggakan laungan Azan dari masjid 
tenggelam. 

Jalan UTAMA kami pun hancur akibat lori2 besi yang membawa keluar hasil seperti 
samseng jalanan. 

Syarikat perlombongan ini begitu kurang ajar dan kami mungkin akan mengambil 
tindakan sendiri jika tiada pihak yang cuba mengambil tindakan segera. 

Perkara ini terlalu lama berlarutan walau beberapa kali kami menegur. 

Harap maklum pihak PTG Rompin,PTG Negeri,JPJ,PDRM, SPRM Pahang dan Pejabat SUK 
Phg, jangan sampai kami ambil tindakan sendiri. 

By: kiramin 

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/lombong-besi-cemar-ramadhan  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke