16 Ogos 2011 - Kerajaan negeri akan membayar elaun pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tertunggak selama lapan bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pembayaran akan dibayar secepat mungkin kepada semua pengerusi JKKK di seluruh negeri. “Kerajaan akan bayar semua elaun berkenaan walaupun jumlahnya banyak kerana ia tertunggak sejak awal tahun ini lagi,” katanya ketika menyampaikan surat pelantikan kepada Pengerusi JKKK Daerah Besut di sini semalam. Ahmad ketika menjelaskan perkara itu berkata, bayaran tunggakan itu akan dibayar kepada penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik, bayaran akan bermula pada Jun lepas. Seramai 2,500 Pengerusi JKKK Terengganu yang sebelum ini menerima elaun RM450 sebulan akan diberikan bayaran elaun baru sebanyak RM800 sebulan bermula Januari tahun ini. – BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=608393 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

