16 Ogos 2011 -Nisbah seorang doktor bagi setiap 2,145 pesakit di Terengganu 
menjadi antara faktor kadar kematian bayi yang baru lahir meningkat sejak 
setahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kajian menunjukkan kadar kematian bagi bayi yang baru lahir di 
Terengganu kini mencatatkan sebanyak 9.2 peratus bagi setiap 1,000 kelahiran 
dalam jangka waktu setahun.

"Angka tersebut telah meletakkan negeri Terengganu di kedudukan yang kedua 
tercorot dalam negara selepas Sabah dalam kadar kematian bayi selepas lahir 
hidup," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 120 pesakit di Hospital 
Daerah Besut di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna 
Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga 
Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan wakil-wakil rakyat 
daerah Besut.

Menurutnya, ini menunjukkan bahawa taraf kesihatan bayi di Terengganu masih 
rendah berbanding dengan taraf negara yang merekodkan hanya 6.3 peratus 
kematian daripada 1,000 kelahiran bayi hidup.

Ahmad berharap kerajaan pusat membantu Terengganu menambah bilangan doktor 
pakar dan pegawai perubatan berpengalaman sebagaimana Kuala Lumpur, Selangor, 
Johor atau Pulau Pinang.

Beliau turut meminta kerajaan pusat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri 
bagi mendapatkan sebuah hospital pakar dan sebuah hospital latihan khusus untuk 
pengajaran dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, hospital latihan itu selaras dengan usaha mewujudkan kampus 
perubatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Kuala Terengganu sejak 
tiga tahun yang lalu. - BERNAMA
  
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/16/mstar_berita/20110816123344&sec=mstar_berita
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke