Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim 
kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik 
dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat 
macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 
bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai 
guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.

TAK SANDANG GPK JADI GURU BESAR

17 Ogos 2011 - SAYA Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah. Mula dilantik 
pada 2002 dengan Gred DGA32 Hakiki. Tahun 2003/4 mengikuti kursus Pengurusan 
(NPQH) selama setahun di IAB. Tahun 2005 hingga 2008 mengikuti Ijazah 
Pengurusan Pendidikan di UPSI. Sehingga sekarang 2011 masih GPK di sekolah 
rendah. 

Manakala seorang guru DGA29, 2/3 tahun menjawat DGA32(KUP), tidak pernah 
memegang jawatan GPK kini dilantik Guru Besar DGA34. Persoalannya apakah ini 
KPI yang betul memperkasakan pengurusan sekolah? Adakah saya akan terus menjadi 
GPK sampai pencen? GPK 41 (KUP), Kepong.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TaksandangGPKjadigurubesar/Article 

SYOR SEKOLAH DIBERI PILIHAN AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

16 Ogos  2011 - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah 
memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan 
pembelajaran sains dan matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana 
Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan 
dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
 

300 GURU PAKAR BAHASA INGGERIS DIBAWA MASUK: MUHYIDDIN 

6 Mei 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 
kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari 
Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran 
bahasa itu mulai tahun depan. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pakar Bahasa Inggeris itu akan 
ditempatkan di sekolah-sekolah yang diletakkan dalam kategori Band 6 dan 7. 
"Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," 
katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, 
hari ini. 
http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/
 

KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! 
11 Ogos 2011 -Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato’ 
Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang 
ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada 
pelajarnya. 

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang 
berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut 
merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja. 
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia 

TIADA LAGI ELAUN PERPINDAHAN BAGI CIKGU ! 

10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari 
ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada 
pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. 

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan 
buat mereka. 

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela 
dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun 
di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk 
pindah. 

Sumber : 
http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html
 

SISTEM KOMPUTER KEMENTERIAN PELAJARAN MENDERA GURU 
 
5 Ogos 2011 - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit 
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan 
penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang 
didakwanya bermasalah. 

"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM 
BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU 
BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA 
TERTEKAN. 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144&sec=mstar_berita
 

SISTEM SAPS BANYAK MASALAH

6 Ogos 2011 - SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ 
mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam 
ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami 
hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini 
hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas 
jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, 
peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan 
hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article 

EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN 

9 Ogos 2011 - Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, 
Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) 
yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah 
berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai 
masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan 
keperluan harian lain. 
http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy 


SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat 
Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia 
(KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua 
agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. 
Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=\Forum&pg=fo_03.htm
 

TERENGGANU KAYA, NOTEBOOK PERCUMA TAPI SEKOLAH BOCOR 

15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) 
Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH 
DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang 
terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya 
semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung. 

Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA 
DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik 
di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat 
Kebangsaan 2009 itu. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm
  

RAMAI GURU SAKIT JIWA 

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan 
mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga 
terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi 
buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan 
rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari 
sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami 
tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti 
bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya 
(PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit 
mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 
10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke