Baru-baru ini ternampak satu papan tanda gergasi di simpang tiga berhampiran 
bekas tapak Kem Paroi, Seremban. Papan tanda tersebut adalah satu usaha dakwah 
agar umat Islam melakukan ibadah berzakat. Sudah pasti bajetnya agak besar 
untuk meletakkan papan tanda gergasi yang berkonsepkan dakwah. Tetapi kenapa 
Pusat Zakat saja yang diberi peruntukan untuk melakukan dakwah melalui papan 
tanda gergasi?

Konsep dakwah melalui papan tanda gergasi ini harus diperluaskan di semua 
jabatan dan sektor dalam Majlis Agama Islam, terutamanya bahagian dakwah, 
bahagian kaunseling, bahagian mahkamah syariah, bahagian penguatkuasaan, 
bahagian persijilan halal dan seterusnya.

Saya fikir ketua sektor atau ketua di setiap bahagian tersebut bersetuju dengan 
konsep dakwah sebegini jika ada ongkosnya atau diberi peruntukan yang 
secukupnya.

Banyak mesej-mesej dakwah berunsur menyeru, mengajak, unsur positif boleh 
disampaikan melalui papan tanda gergasi ini yang amat jarang sekali kelihatan 
dewasa ini.

Mesej seperti solat berjemaah lebih baik, berjalan kaki ke masjid menyihatkan 
badan, berkahwin cara Islam mudah dan murah, mesej suami isteri penyayang, judi 
membawa sengsara dan sebagainya boleh disampaikan melalui papan tanda gergasi 
tersebut.

Berapa bajet yang diperuntukkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk 
berdakwah melalui papan tanda gergasi, atau ianya hanya sesuai untuk mesej 
menggalakkan umat Islam menunaikan zakat?

Untuk melihat papan tanda gergasi tersebut sila ke 
http://waghih.blogspot.com/2011/08/zakatkan-semua-bukan-hanya-zakat-fitrah.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke