31 Ogos 2011 - Ulu Tiram, Johor :  Lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung 
Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih 
walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu.

Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk 
terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan 
keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh.


Malah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa 
mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran.

Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib 
buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di 
penempatan mereka.

“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang 
ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan.

“Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan 
penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, 
memasak dan membasuh baju.

“Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang 
kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh 
pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau 
penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu 
membeli bekalan air bersih di hujung kampung.

“Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air 
bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang 
bermurah hati memberikan air secara percuma,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PendudukOrangAslitadahhujanuntukminum/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke