Ini bukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, ini dah lebih setitik nila 
yang dah rosakkan susu sebelanga. Sebelum ini dilaporkan kes polis jadi 
perompak, polis jadi pengedar dadah, polis tendang perut ibu tunggal, kini 
polis pula diberitakan tembak pelajar dalam satu kes gaduh. Ayoyo, apa sudah 
jadi dengan polis di Malaysia sekarang ini?

Berita Polis tendang perut ibu tunggal dalam serbuan di 
http://amkns.blogspot.com/2011/08/polis-tendang-perut-ibu-tunggal-dalam.html 

Berita Lima anggota polis jadi perompak 
http://amkns.blogspot.com/2011/08/lima-anggota-polis-jadi-perompak.html 

Berita Enam Pegawai Polis jadi Pengedar Dadah 
http://amkns.blogspot.com/2011/06/enam-pegawai-polis-kl-jadi-pengedar.html 

Khamis September 1, 2011
TIGA ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN KES TEMBAK PELAJAR

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian 
melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman 
Seri Rampai, Setapak, di sini Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata 
ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Khamis.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran 
kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.

Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan 
mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 September bagi membantu siasatan.

Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat 
ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi.

Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk 
meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki. 
- BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/9/1/mstar_jenayah/20110901144830&sec=mstar_jenayah
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke