Sekarang ini projek landasan keretapi berkembar sedang giat dijalankan dari 
Johor Bahru ke Perlis. Banyaklah tanah-tanah rakyat yang diambil untuk projek 
ini, antaranya tanah-tanah adat Perpatih di Rembau yang diambil dengan pampasan 
yang jauh lebih murah dari tanah yang bukan tanah adat. Yang pasti syarikat 
asing mula menaruh minat untuk menguasai landasan keretapi berkembar ini, 
kerana infrastuktur dan prasarana yang hebat serta keluasan tanah yang besar 
dari selatan ke utara tanahair.

Jika syarikat penerbangan Malaysia MAS pun sudah terjual sahamnya apatah lagi 
KTM. Logiknya mudah sahaja untuk syarikat asing mengambil alih atau memiliki 
saham KTM sekiranya KTM disenaraikan di bursa saham.

Sekiranya sekarang ini perkhidmatan komuter antara Seremban dan Kuala Lumpur 
pun KTM mempunyai banyak masalah, rungutan pengguna, kelewatan koc, keretapi 
yang sering rosak. Maka bagaimana KTM hendak menguruskan perkhidmatan keretapi 
yang hebat dari selatan ke utara tanahair?

Tidak mustahil KTM bukan lagi singkatan Keretapi Tanah Melayu tetapi adalah 
singkatan untuk KTM Limited, KTM dan beberapa syarikat lain yang beroperasi di 
luar negara.

Jadi kepada pemimpin dan orang Melayu, kepada pemimpin dan orang Adat Perpatih, 
sedang kita merayakan Idil Fitri, sedang kita merayakan Merdeka, sedang kita 
sibuk dengan isu Bukit Kepong, satu persatu kepentingan orang Melayu akan 
tergadai. 

Orang Negeri Sembilan, terutama pemimpin yang mengamalkan Adat Perpatih tak 
minat nak perjuang tanah adat, tetapi jangan hairan orang asing akan kuasai 
tanah-tanah adat di sepanjang landasan keretapi berkembar ini.

SIAPA YANG MENGUASAI LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR, AKAN MENGUASAI MALAYSIA !

KTM , YOU BETTER BUCK UP !

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Sila baca Aduan Pengguna Sistem Komuter Senawang KL di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/08/aduan-pengguna-sistem-komuter-senawang.html
 

Beberapa syarikat asing yang mempunyai singkatan KTM :

KTM http://www.aktm.kz 
The KTM Ltd http://www.ktmltd.com 
KTM http://www.ktm.com 
KTM http://www.sm-ktm.co.kr 

*************** 
Apabila projek landasan berkembar berkenaan siap sepenuhnya pada 7 Januari 
2013, Malaysia akan mempunyai landasan berkembar kereta api dari Johor Bahru ke 
Padang Besar sejauh 635 kilometer.

Pada Disember 2003, kerajaan membuat keputusan menangguhkan projek itu kerana 
mahu mengutamakan projek pembangunan lain.

Projek landasan berkembar elektrik itu dilaksanakan sebagai antara komponen 
penting untuk membentuk Rangkaian Kereta Api Rentas Asia dari Singapura ke 
Kunming di China.

http://www.dor.gov.my/23080723.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke