Bina surau untuk mualaf 
Sinar Harian 5 Sep 2011 

TALANG – “Sudah tiba masanya Kampung Orang Asli Langkap Talang Tanjung Ipoh 
mempunyai sebuah surau bagi membolehkan golongan mualaf mengimarahkan aktiviti 
keagamaan,” kata seorang mualaf, Firdaus Abdullah, 55. 

Beliau berkata, surau perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat 
dilaksanakan dengan sempurna. 

“Walaupun tidak ramai Orang Asli memeluk agama Islam, namun apabila membina 
surau, sedikit sebanyak membuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai 
panduan hidup. 

“Lagipun, banyak kegiatan dapat dilaksanakan di sini. Kita boleh solat jemaah 
bersama-sama, melakukan aktiviti gotong-royong untuk program keagamaan dan 
pelbagai lagi,” katanya. 

Firdaus yang memiliki pengalaman dua tahun di Kelantan bagi mendalami ilmu 
agama berharap dapat menyebarkan ilmu itu kepada golongan mualaf di sini. 

“Saya berharap dapat meluaskan ajaran agama Islam di kawasan ini. Sepanjang 
bergelar mualaf, saya sentiasa mendapat bimbingan daripada Jabatan Agama Islam 
Negeri Sembilan. 

“Dari situlah, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama,” 
katanya. 

Firdaus berkata, jarak jauh membatasi mereka untuk pergi luar dari kampung. 

“Namun apabila ada kakitangan jabatan turun padang membantu saudara baru di 
sini, saya sangat gembira,” katanya. 

Katanya, bagi memperkukuhkan dan mempelajari agama Islam, dia mengadakan kelas 
agama di rumah. 

“Kelas ini bertujuan menggerakkan aktiviti keagamaan di kampung supaya mereka 
tidak mudah lupa dan mempraktikkan apa yang diajar. 

“Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat menimbangkan permintaan untuk 
membina surau di kawasan ini,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Mohamad Noor Abdul Rahman 
bersama rombongannya menziarahi rumah Firdaus sempena program Iftar Perdana 
yang digerakkan oleh Pas kawasan Kuala Pilah. 

Katanya, rombongan itu bertujuan menanamkan sikap prihatin kepada masyarakat 
dengan memasuki setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Kuala 
Pilah.  
      
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9495502.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke