Pengusaha bas tutup operasi
Sinar Harian 5 Sep 2011
SEREMBAN – Persekutuan Bas-bas Sekolah SeMalaysia (PBBSM) Kebangsaan
menjangkakan 10,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara menutup operasi
gara-gara kecewa karenah birokasi yang berlaku sejak pengurusannya diambil ahli
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Timbalan Pengerusinya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, SPAD dan beberapa agensi
terlibat secara langsung dengan pengangkutan awam sepatutnya lebih bersikap
timbang rasa menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Sejak SPAD ambil alih pengeluaran permit sebelum ini dilaksanakan Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), isu lama bertambah rumit.
“Baru-baru ini beberapa pengusaha bas sekolah di Johor Bahru gagal
memperbaharui permit kenderaan, berusia lebih 30 tahun sedangkan 80 peratus
pengusaha bas seluruh negara menggunakan bas lebih daripada usia 30 tahun,”
katanya.
Beliau berkata, tindakan SPAD itu bukan sahaja menimbulkan keresahan kepada
pengusaha tetapi ia nyata menyekat sumber pendapatan pengusaha bas sekolah.
Katanya, SPAD juga diharap mengetepikan faktor usia sesebuah bas ketika membuat
penilaian keselamatan tetapi mengambil keputusan pemeriksaan di Pusat
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
“Saya tidak pasti adakah ini sengaja atau ada pihak yang mahu menyusahkan
pengusaha bas sekolah.
“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kita tidak mahu dalam
tempoh beberapa tahun akan datang hanya tinggal lima atau 10 peratus sahaja
pengusaha bas sekolah gara-gara karenah birokrasi ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9497156.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/