Mari kita ketepikan sejenak kisah Somalia dan Bukit Kepong. Kita tumpu isu ibu 
bapa yang sudah tua yang diabaikan oleh anak kandung mereka sendiri. Cakap 
memang senang, tapi nak jaga ibu bapa yang sudah tua bukannya senang. Jaga 
mereka sampai jangan tersentuh hati ibu bapa kita. 

Dalam media sekarang terlalu banyak cerita mengenai anak yang mengabaikan ibu 
bapa mereka sendiri. Kurangkanlah cerita macam ni, banyakkanlah cerita 
anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang.

Kenalan isteri saya mempunyai ibu bapa yang sudah tua, uzur dan kedua-duanya 
lumpuh. Kenalan isteri saya ini bergilir-gilir antara adik beradik dan ipar 
duai menjaga ibu bapa mereka, di rumah masing-masing.

Kenalan isteri saya ini merupakan kakitangan kerajaan sepenuh masa, suami juga 
bekerja dengan syarikat swasta sepenuh masa, mempunyai empat orang anak tak 
silap saya yang masih kecil dari belum tadika hinggalah ke sekolah rendah, 
tiada pembantu rumah.

Apabila tiba gilirannya untuk menjaga kedua ibu bapanya, dia akan bangun pukul 
4 pagi, untuk siapkan makanan untuk ibu bapanya, mandikan kedua ibu bapanya dan 
sebagainya.

Apabila ayahnya ingin solat Zuhur dia berkejar-kejar balik kerja untuk 
menguruskan persiapan solat untuk ayahnya.

Apabila tiba musim perayaan, rumah ibu bapanya yang ditinggalkan sekian lama di 
kampung, mereka adik beradik akan mengemaskan rumah di kampung , agar saudara 
mara di kampung boleh berjumpa ibu bapa mereka di hari lebaran.

Begitulah rutin keluarga ini sejak sekian lama.

Marilah kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita, sebelum kita menjadi juara 
rakyat, juara dunia dan sebagainya.

Kehebatan anak yang menjaga ibu ini dengan setulus hati diakui sendiri oleh 
junjungan kita Rasulullah saw dalam kisah Uwais bin al-Qarni sehinggakan 
khalifah Umar menyanjungi Uwais bin al-Qarni yang menjaga ibunya yang uzur. 
Kisah Uwais ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/02/mangsa-gores-menang-dapat-semula-duit.html 

Kepada pengamal media, pembikin drama dan filem, banyakkan cerita macam Uwais 
dan kenalan isteri saya ini, agar ramai anak-anak boleh mencontohi dan 
tersebarlah kasih sayang di bumi Malaysia , insyaAllah.

KEMBALI MISKIN
1 Sep 2011 

SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak 
yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas 
peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan 
nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.

Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin 
kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung 
yang menjenguknya sekali-sekala.

Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, 
Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk 
kampung terutama ketika sakit peningnya.

“Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk 
sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah 
datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.

“Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, 
semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya 
tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka,” katanya ketika 
dikunjungi Harian Metro di rumahnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kembalimiskin/Article 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke