Pub yang dikendali ahli majlis daerah Aduan Rakyat , 5 Sep 2011 - Saya sebagai penduduk yang menetap lebih 20 tahun di Gemencheh, ingin membuat aduan tentang pub yang beroperasi di Gemencheh, Negeri Sembilan. Pub ini dikendalikan seorang ahli majlis daerah Tampin dan Chairman bahagian Taman Gemas iaitu Ms K Arasammal.
Sejak kebelakangan ini bilangan kes keganasan dan kejadian gaduh yang berlaku semakin meningkat disebabkan perselisihan antara pihak pengurusan pub dan pengunjung. Perkara ini berterusan hingga menyebabkan permusuhan dan pergaduhan besar di kalangan penduduk Gemencheh. Dalam masa beberapa bulan sahaja sebanyak 4 kes gaduh telah dilaporkan dan belum pernah sekali pun tindakan diambil terhadap pihak pengurusan walaupun adakalanya masalah berpunca daripada mereka. Saya difahamkan polis tidak mengambil aduan orang ramai tentang pub disebabkan penglibatan beberapa ahli politik dimana pengendali pub juga merupakan Pengerusi MIC Taman Gemas dan mempunyai sokongan kuat Parti Politik walaupun apa yang dibuatnya adalah salah. Penduduk Gemencheh juga semakin risau berkaitan keselamatan warga muda kerana lokasinya terletak di sebelah sekolah menengah Gemencheh dan mampu menarik anak muda terjebak dalam najis arak yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. Diharap pihak Majlis dapat menarik balik lesen operasi Pub di Gemencheh yang hanya membawa keburukan dan suasana tidak aman kepada penduduk tempatan. By: meiya http://www.aduanrakyat.com.my/pub-yang-dikendali-ahli-majlis-daerah ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

