Semoga ada pihak, terutamanya Patriot boleh buat gotong royong baiki tembok 
pagar tanah perkuburan Islam Bukit Kepong yang roboh. Juga semoga ada pihak 
yang menghargai balu salah seorang polis yang berkhidmat di Bukit Kepong yang 
meninggal dunia pada tahun 1962.

Gambar tembok pagar pusara mangsa Bukit Kepong yang roboh di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/pusara-bukit-kepong-daif-balu-tuntut.html 

BALU POLIS BUKIT KEPONG MOHON DIBERI PENCEN 
September 5, 2011 

ALOR SETAR – Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis 
yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi 
serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya 
yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun 
lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian 
suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

“Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan 
selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga 
sampai hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di 
Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit 
Kepong.

“Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi 
keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua 
pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga 
(perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

“Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian,” 
kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor 
pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak 
dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40an, meninggal dunia setelah 
terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

“Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami 
kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok 
guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan,” kata Sharifah Aminah 
yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang 
yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia 
terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang 
masih kecil.

“Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang 
menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang 
cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah 
pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga,” kata Sharifah Aminah yang tinggal 
bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di 
sini. 

– BERNAMA 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke