Kita hanya berusaha, yang dapat menyelamatkan anak di bawah ini hanya Allah 
swt. Sekiranya setiap kita masukkan RM10 dalam akaun BSN ibunya yang tertera di 
akhir laporan akhbar, insyaAllah sekiranya 1500 orang berbuat demikian akan 
tertunailah hajat ibu di bawah ini. Besyukurlah banyak-banyak atas nikmat Allah 
kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang sihat walafiat. Buat perkara baik, 
jangan tangguh-tangguh.


IBU RAYU SUMBANGAN 
Sinar Harian 6 September 2011 

REMBAU - Seorang ibu enggan berputus asa, sebaliknya berusaha merayu sumbangan 
orang ramai dan dermawan bagi membantu menampung kos pembedahan anaknya yang 
menderita jantung berlubang. 

Ezzatul Zurin Mohd Zain, 24, berkata, anaknya, Erieka Suhana Amarrusdee, 4, 
pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub 
kerana berdepan masalah saluran darah sempit. 

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani pembedahan kali kedua di Institut 
Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di bahagian jantungnya. 

“Bagaimanapun, anak saya memerlukan RM15,000 untuk membolehkan pembedahan ini 
dilakukan. 

“Pada mulanya, kos pembedahan dianggarkan RM30,000 termasuklah kos bedah, caj 
katil, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain rawatan serta ujian. Bagaimanapun, 
saya hanya diminta membayar separuh sahaja daripada jumlah berkenaan,” katanya 
kepada Sinar Harian di Kampung Pilin, di sini. 

Namun bagi Ezzatul Zurin, jumlah itu masih terlalu besar buatnya dan tidak 
mampu disediakan, lebih-lebih lagi suaminya hanya bergantung kepada pendapatan 
bekerja di sebuah kedai 24 jam di daerah ini. 

“Saya pula terpaksa berhenti kerja kerana anak saya memerlukan perhatian yang 
rapi. 

“Pembedahan ini perlu diteruskan atas faktor usia Erieka, menyebabkan tiub yang 
dipasang harus ditukar bagi mengelakkan komplikasi dalam badan,” katanya. 

Menurutnya, setiap enam bulan sekali, dia dan suami akan membawa anaknya ke IJN 
untuk menerima rawatan serta membeli ubat dengan kos RM450. 

“Sebelum ini saya ada menerima sumbangan RM500 daripada wakil rakyat kawasan 
tetapi masih belum mencukupi. 

“Saya juga ada memohon bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sembilan tetapi 
sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya. 

Ezzatul Zurin berkata, dia turut memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 
(JKM) tetapi tidak diluluskan kerana anaknya belajar di Pusat Pemulihan Dalam 
Komuniti (PDK) dan diberi elaun RM150 sebulan. 

“Saya amat berharap ada pihak sudi membantu dan sumbangan boleh disalurkan ke 
dalam akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama saya atau 
hubungi terus talian 012-344 3904,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9500080.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke