Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membina menara setinggi 15 tingkat dengan kos RM50 juta. Persoalannya, apa akan jadi kepada tanah dan bangunan Jabatan Mufti, Baitulmal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pusat Zakat dan anak syarikat MAINS serta mungkin juga Bazaar MAINS yang sedia ada. Adakah bangunan sedia ada milik MAINS, akan dijual, akan dikekalkan sebagai bangunan warisan sejarah atau akan dirobohkan? Sudah pasti ramai pihak berminat terhadap tanah dan bangunan lama tersebut.
MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA 6 September 2011 SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini. Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung. “Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. “Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini,” katanya kepada Bernama Selasa. Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium. Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah. “Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013,” katanya. Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains. “Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains,” katanya. – BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611737 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

