9 Sep 2011
Kematian Anak: Mualaf Mahu Saman MPPD

SUBANG: Seorang mualaf yang kehilangan anak sulung pada malam hari raya 
Aidilfitri lalu, berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis 
Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang didakwa cuai untuk memastikan keselamatan 
pengunjung di pantai peranginan tersebut.

Mohd Arif Yap Abdullah, 49, berkata saman itu akan difailkan ekoran kematian 
Nur Zahirah, dua tahun, yang ditemui lemas pada kira-kira pukul 8 malam, 30 
Ogos lalu selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam hampir dua meter di tempat 
letak kereta di Pantai Batu 10, Teluk Kemang, di situ.

Mayat kanak-kanak tersebut dijumpai di persisiran pantai kira-kira 100 meter 
daripada lubang tersebut dan dikebumikan di Felda Palong, Negeri Sembilan.

Pada sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat, Mohd Arif yang memeluk 
Islam sejak 18 tahun lalu berkata, dia telah melantik peguam Boestamam Ahmad 
untuk mewakili dirinya dalam memfailkan saman yang akan dilakukan di Mahkamah 
Seremban, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

"Tindakan saman itu bukan kerana wang ringgit tetapi untuk memberi pengajaran 
kepada MPPD agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk keselamatan 
pengunjung daripada lubang perangkap maut itu," tambahnya.

Dia yang bekerja sebagai tukang kasut juga memberitahu, tiada sebarang tanda 
diletakkan untuk memberi amaran kepada pengunjung mengenai lubang terbabit yang 
sukar dilihat dalam keadaan gelap.

Selain itu, Mohd Arif Yap juga berharap tindakan saman tersebut dapat 
mengelakkan kejadian serupa yang menimpanya dan isteri, Hamizah Ibrahim, 36, 
berlaku kepada individu lain.

Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Arif Yap berkata, semasa itu mereka 
sekeluarga berhenti untuk solat Maghrib di pantai itu. Nur Zahirah pada awalnya 
solat bersama di sebelahnya tiba-tiba keluar bermain dengan kanak-kanak lain 
yang berada di pantai itu sebelum hilang.

Dia dan bersama beberapa orang lain berusaha mencari Nur Zahirah dan pihak 
bomba serta polis juga turut menjalankan operasi pencarian selepas dimaklumkan 
oleh orang awam di situ.

Mohd Arif Yap juga mendakwa, dia telah membuka bajunya untuk mencari Nur 
Zahirah di dalam lubang terbabit, tetapi dihalang oleh dua lelaki yang bimbang 
dengan keselamatannya.

Tambahnya, meskipun redha dengan kehilangan Nur Zahirah, dia masih berada dalam 
keadaan sedih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja menyebabkan dia 
masih tidak membuka perniagaan membaiki kasut yang dijalankannya secara 
kecil-kecilan.

"Sebagai seorang ayah, saya sangat sedih kerana anak yang paling saya sayangi 
sudah tiada," katanya dalam nada yang teresak-esak. Dia mempunyai seorang lagi 
anak lelaki, Kamarul Arifin yang berusia setahun.

Dia juga memberitahu, telah membuat laporan polis pada 3 September lalu di 
Balai Polis Gemas, Negeri Sembilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh 
Yang DiPertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin di sebuah akhbar tabloid pada tarikh 
sama.

Abdul Wahab semasa itu berkata, pihaknya telah menggantikan penutup lubang itu 
sebanyak dua kali, namun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga Mohd Arif Yap juga 
menasihati pengunjung untuk berhati-hati dan menambah, masyarakat setempat 
perlu peka dengan permasalahan vandalisme yang giat berlaku.

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/9/9/mstar_mahkamah/20110909180734&sec=mstar_mahkamah
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke