Semakin banyak masalah komuter dan KTM di Malaysia akhir-akhir ini, sedangkan 
projek landasan keretapi berkembar bernilai berbillion ringgit sedang giat 
dijalankan. Dari komuter yang sering lewat, sering rosak, silap masuk laluan 
hingga 6 kilometer, kanak-kanak terkena renjatan elektrik di stesen komuter, 
kini gerabak keretapi pula terbakar.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai projek landasan keretapi berkembar yang 
apabila siap kelak akan menarik minat syarikat asing untuk menguasai 
perkhidmatan keretapi di Malaysia ini. 

Ketika rakyat leka dengan isu Bukit Kepong, kita lupa tengok nasib jiran 
tetangga, sanak saudara keliling kita, terutama orang tua di kampung. 

Sila baca isu berkaitan sebelum ini :
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/tidak-mustahil-syarikat-asing-akan.html 

Kanak-kanak melecur teruk, terkena renjatan elektrik di stesen komuter di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/adakah-pengguna-selamat-di-stesen.html 

Komuter silap masuk laluan sejauh 6 kilometer di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/syarikat-asing-ambil-alih-ktm-makin.html 


Sabtu September 10, 2011
GERABAK TERBAKAR: PERJALANAN 800 PENUMPANG KERETA API TERLEWAT SEJAM

GUA MUSANG: Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau 
terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar 
berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam Jumaat. Tiada 
kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam 
itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri 
sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur 
meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc 
dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar 
oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi 
pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar 
ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum 
pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk 
membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata 
pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh 
anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian 
besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca 
kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi 
Merapoh.-BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/9/10/mstar_jenayah/20110910152508&sec=mstar_jenayah
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke