Sinar Harian 12 Sep 2011 

PORT DICKSON – Daerah Port Dickson pada hari ini bukan sahaja terkenal dengan 
pelbagai gelaran seperti Pusat Pelancongan Negara dan Bandar Tentera Darat, 
malah turut dikenali sebagai pusat segala pembuangan. 

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar berkata, daerah 
ini dijadikan pusat segala pembuangan sampah. 

Menurutnya, Port Dickson secara nyatanya dijadikan pusat pembuangan sampah di 
Bukit Palong, pusat pelarian, pusat pembuangan sisa kumbahan ke dalam laut dan 
saliran longkang turut disalurkan ke laut serta pembuangan atau pelepasan 
karbon dari salah satu kilang di sini. 

“Ini semua dilakukan kerana pembangunan tidak dirancang dengan baik dan 
menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggungnya tanpa mereka sedari,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Coastal Clean Up 
2011 dan Sambutan Hari Raya anjuran Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dengan 
kerjasama PKR Telok Kemang. 

Majlis berkenaan dirasmikan ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merangkap Exco 
Kerajaan Kedah Datuk Amirudin Hamzah. 

Hadir sama pada majlis berkenaan, Adun Port Dickson, M Ravi dan Adun Lukut, Ean 
Yong Tin Sin. 

Zulkefly berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit bagi memastikan perkara 
seumpama ini tidak berterusan dan akhirnya rakyat yang tanggung. 

“Pantai Port Dickson sepatutnya dikenali sebagai pantai selamat, selesa dan 
sihat serta bukannya sebagai pusat segala bahan buangan. Namun, masyarakat 
tidak mempunyai banyak pilihan dalam menentukan destinasi percutian mereka dan 
memilih Port Dickson berikutan lokasinya strategik,” katanya. 

Katanya, dalam memastikan pantai Port Dickson terpelihara, semua pihak perlu 
memainkan peranannya dengan betul. 

“Apa yang penting, peranan dimainkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) 
perlulah ke arah Port Dickson sebagai pusat pelancongan dan mereka perlu 
tegas,” katanya. 

Coastal Clean Up adalah julung kali diadakan di negara ini dan Pas bercadang 
akan menjadikan ia sebagai acara tahunan di mana ia turut dijayakan di 
peringkat antarabangsa. 
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9519697.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke