Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia 
pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu 
mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, 
Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban 
mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk.

Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan Kem Kalabakan ketika ini? Tiada 
bajetkah untuk membuat filem Pertempuran Kalabakan agar generasi kini dapat 
menghargai pejuang negara khususnya Askar Melayu yang berkorban mempertahankan 
negara ini dari dijajah oleh komunis dan tentera asing?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

SEJARAH 3 RAMD

Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, pasukan telah diaturgerak ke Sabah pada 
awal bulan Dis 1963. Satu lagi peristiwa penting pasukan berlaku ketika ini 
iaitu pertempuran di Kalabakan. Pada 29 Dis 1963, jam 2045 Pos Kalabakan telah 
diserang oleh Tentera Indonesia dan menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua 
belah pihak berlarutan sehingga jam 2300. 

Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 
16 yang lain cedera. Mereka yang terkorban adalah Mej Zainal bin Hj Yaakub 
(5415), 13960 LKpl Abdullah bin Abdul Rahman, 11471 LKpl Ismail bin Mat, 11509 
Pbt Md Zain bin Yaakub, 14469 Pbt Sharudin bin Yasin, 11245 Pbt Abdul Aziz bin 
Ghani, 13784 Pbt Ismail bin Mansor dan 14447 Pbt Yusuf bin Sulung. 
http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=85&lang=ms&showall=1
 

KONFRANTASI  

Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 
Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di 
Semenanjung Malaysia.  Konfrantasi ini berterusan selama 3 tahun dan banyak 
kejadian-kejadian serta pertempuran berlaku di antara Tentera Darat dengan 
angkatan rejim Sukarno.  Di dalam pertempuran-pertempuran ini anggota-anggota 
Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia 
berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.    

Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah Tentera Darat ialah 
Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963.  Dalam peristiwa ini, satu 
Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di 
bawah perintah Mej Zainal Abidin bin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion 
Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang 
menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah.  Walaupun dalam keadaan 
tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang berlipat 
ganda ramainya dan memaksanya berundur.  Serangan itu mengorbankan 7 orang 
anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin dan mencederkan 16 yang 
lain.   
http://army.mod.gov.my/index.php/mengenai-kami/sejarah/konfrantasi 

HARI MALAYSIA 

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati 
penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia 
menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi 
membentuk Malaysia.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html
 

16 SEPT DIISYTIHAR CUTI UMUM
Okt 19, 09

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 
16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara 
mulai tahun depan (2010).
http://www.malaysiakini.com/news/115347 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke