Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011. Bil elektrik meningkat sebanyak RM6,504.13 
dalam masa 1 bulan - Saya adalah pengguna bekalan elektrik biasa. Saya 
sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat yang biasa. Kebiasaannya, bil 
elektrik bulanan saya adalah di dalam lingkungan RM100.00 – RM 175.00 sebulan. 
Namun, pada bil bulan Jun (17/06/2011) amaun yang tercatat adalah sebanyak RM 
6,539.85.

Saya berasa amat terkejut dengan amaun yang dikenakan ini dan berasa amat 
teraniaya. Saya telah pergi ke Kedai Tenaga TNB di Seksyen 11 Shah Alam pada 
17/06/2011 untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak TNB. 

Pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam tersebut berjanji akan cuba menyelesaikan 
masalah pembilan yang melampau ini. Beliau juga menyatakan bahawa kes ini 
adalah ganjil kerana amaun pembilan meningkat secara mendadak dalam masa 1 
bulan. 

Alasan yang dikemukakan adalah mungkin kerana amaun tersebut adalah disebabkan 
pelarasan average bil bulanan saya. Mungkin pada pembilan seterusnya, amaun 
6,539.85 akan lupus setelah bacaan sebenar meter dibuat. 

Tindakan yang telah dijanjikan oleh pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini 
sementara menanti bil elektrik rumah menjadi normal adalah beliau akan 
memaklumkan kepada pasukan teknikal untuk menahan notis pemotongan bekalan 
elektrik rumah saya daripada dihantar kepada saya. 

Ini kerana, jika notis tersebut telah dihantar, saya perlulah membuat bayaran 
penuh amaun pembilan atau berhadapan dengan kemungkinan rumah saya akan 
bergelap serta merta kerana bekalan elektrik dipotong serta merta. Saya pun 
berasa lega dengan janji tersebut.

Seterusnya, pada 17/07/2011 saya telah menerima bil bekalan elektrik bulan 
Julai daripada TNB dan amaun yang tercatat adalah RM 6,691.60. Sekali lagi pada 
28/07/2011 saya telah pergi menemui pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini 
untuk mendapatkan penjelasan berhubung keganjilan bil elektrik saya. 

Pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini memberitahu bahawa pembilan bulan Julai 
adalah dibuat secara estimation atau anggaran. Itulah sebabnya, bil yang 
tercatat masih lagi tinggi. Beliau juga memberitahu bahawa bil pada bulan Ogos 
akan dibuat secara normal iaitu bacaan tenaga yang digunakan dibuat secara 
terus daripada meter pelanggan. 

Seperti bulan sebelumnya, pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini berjanji untuk 
menahan notis pemotongan bekalan elektrik rumah saya daripada dihantar kepada 
saya bagi mengelakkan sebarang pemotongan bekalan elektrik ke rumah saya 
daripada berlaku.

Namun, pada 19/08/2011 saya sekali lagi masih menerima bil bekalan elektrik 
dengan amaun yang sangat mengejutkan iaitu RM 6,647.50. Jadi, disebabkan saya 
sudah muak dengan jawapan yang telah saya terima sejak 17/06/2011, maka saya 
memajukan aduan ini kepada Aduan Rakyat agar masalah yang saya hadapi ini 
dipandang serius oleh pihak TNB terutamanya pihak TNB Shah Alam yang pada hemat 
saya bersikap dolak dalik dan tidak telus dalam tindakan menyelesaikan masalah 
pengguna. 

Semoga kes saya ini menjadi iktibar kepada pengguna-pengguna lain yang 
menghadapi masalah serupa.

Saya pohon kepada pihak TNB untuk menyiasat kes amaun bil elektrik melampau 
yang dibilkan kepada saya SEGERA!

By: Rokhiza

http://www.aduanrakyat.com.my/bil-elektrik-meningkat-sebanyak-rm6504-13-dalam-masa-1-bulan
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke