Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 - Salam sejahtera, Saya, sama seperti beribu-ribu pengguna perkhidmatan ktmb yang lain, ingin mengutarakan rasa amat kesal atas tahap servis terburuk yang ktmb berikan sejak sekian lama.
Antaranya: - Kelewatan atau pembatalan jadual kereta api yang sering terjadi pada setiap masa! Dan kebanyakan daripadanya tidak dimaklumkan kepada penumpang yang terpaksa menunggu pada purata hampir satu jam untuk tren berikutnya. - Mesin keluar masuk ‘touch n go’ tidak berfungsi dengan baik mengakibatkan penumpang dikenakan penalti tanpa sebab! - Segala aduan mengenai perkara 2 hanya boleh dibuat di hub ‘touch n go’ yang hanya dibuka pada waktu bekerja, tidak pada waktu operasi perkhidmatan tren sendiri. - Kaunter yang dibuka di hampir semua stesen sering mengalami gangguan teknikal dan amat menyusahkan pengguna yang terpaksa berurusan di kaunter. Perkara ini juga berlaku atas sebab mesin pembelian automatik yang sering tidak berfungsi! - Tahap perkhidmatan pelanggan di kaunter PALING BURUK jika dibandingkan dengan kaunter perkhidmatan yang lain. Tidak mesra pengguna, pegawai tidak berpengalaman, tidak mengikuti waktu bertugas, tidak mengambil inisiatif membantu pelanggan bermasalah malah ada yang mengherdik dan membuat pelanggan rasa benar-benar terhina. Tahap PALING BURUK pernah diberikan. Segala aduan yang dibuat sebelum ini oleh para pengguna seperti saya langsung tidak diendahkan dan jelas dapat dilihat melalui servis ktmb yang tidak pernah ditingkatkan sejak sekian lama! Sekian terima kasih. By: Qaisy Jaslenda http://www.aduanrakyat.com.my/servis-terburuk-ktmb ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

