Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 - Rakyat Didahulukan? 
Salam satu Malaysia..Mengapa tajuk di atas saya pilih? kerana segelintir 
jabatan yang tidak benar-benar prihatin kepada rakyat maka laungan keramat 
“Rakyat didahulukan” itu menjadi bahan senda rakyat yang kecewa.

Negara telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 54 tetapi masih terdapat kemudahan 
ASAS yang masih belum mencapai standard yang sepatutnya.

Saya mewakili anak Felda khasnya di Felda Palong merasa amat kecewa kerana 
telah berpuluh tahun masalah ketiadaan air setiap kali musim perayaan berlaku. 
Bukan sahaja Musim perayaan bahkan setiap kali musim percutian sering kali 
sahaja masalah yang sama berulang. 

Setiap kali masalah durujuk kepada pihak berkenaan kami sering mendapat jawapan 
yang sangat mengecewakan.

Jika dahulu aduan kepada pihak berkenaan dijawab dengan masalah pengguna masih 
menggunakan paip lama dan tidak menepati standard tapi kini apa lagi? apakah 
kami perlu menukar paip sedia ada kepada paip yang bersaiz pembentung?

Kerana mereka inilah generasi kedua felda mula bosan dan sering terdengar 
keluhan yang rakyat memang didahulukan sekiranya terdapat kirisis2 sebegini. 

Sia-sia sahaja usaha PM dan jentera Kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan 
rakyat sekiranya masih terdapat jabatan-jabatan yang kurang efisien dalam 
menangani isu-isu penting seperti ini.

Saya amat berharap perkara ini diambil tindakan SEGERA.

Sekian Terim Kasih

By: zabrina kamarudin
http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-didahulukan 

Masalah Air Sejak Bertahun Lama 
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 

Assalamualaikum wbt

Saya merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Sri Ledang, Ledang. Saya 
amat berharap sekiranya pihak aduan rakyat dapat membantu peneroka felda ini 
mengatasi masalah bekalan air.

Setiap tahun pada musim perayaan masalah ini akan timbul. Bukan pada tahun ini 
sahaja, tetapi sejak generasi terdahulu lagi. Untuk pengetahun pihak aduan 
rakyat, kawasan Felda ini kerap kali dikunjungi Timbalan Perdana Menteri dan 
berada di bawah kawasan ‘jagaan’ beliau. Namun masalah ini seperti tiada jalan 
penyelesaian. Dimanakah kebenaran ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’?

Saya amat berharap pihak aduan rakyat dapat membantu kami mencari punca kenapa 
timbulnya masalah ini.

By: NURSUHADAH
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-sejak-bertahun-lama 

Sering Mengalami masalah ketiadaan air di FELDA JENGKA 23 
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 

Saya salah seorang anak peneroka sangat tidak berpuas hati dengan tindakan 
daripada pihak berkenaan iaitu JBA berkenaan dengan masalah yang selalu dan 
sering kami alami di tempat tinggal kami iaitu di Felda Jengka 23.

Setiap minggu kami akan mengalami masalah ini, dalam seminggu hanya 2 hari 
sahaja kami mendapat bekalan air. Krisis ketiadaan air ini merumitkan kami 
dalam menyediakan persiapan hari raya. Mintak sangat masalah ini dapat 
perhatian.

Penduduk di petempatan ini adalah ramai dikalangan golongan tua. Kesukaran 
mereka untuk mengangkat air dari perigi atau sebaliknya.

By: norul ain
http://www.aduanrakyat.com.my/sering-mengalami-masalah-ketiadaan-air-di-felda-jengka-23
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke