Apalah malang sungguh nasib pelajar Melayu yang lulus cemerlang di Matrikulasi dan Asasi Sains tetapi tidak mendapat tempat di IPTA. Mana pergi jaguh-jaguh pembela Melayu di kalangan pemimpin Melayu? Adakah pelajar asing makin ramai diterima IPTA kerana mereka boleh beri pulangan lumayan melalui yuran yang tinggi? KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN ! 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIAPA PENGKHIANAT BANGSA SEKARANG? Tolong baca artikel PELAJAR MELAYU TERUS TERTINDAS, PEMIMPIN PULA SIBUK BERPOLITIK di http://amkns.blogspot.com/2011/09/pelajar-melayu-terus-tertindas-pemimpin.html DI MANA HAD KEMASUKAN PELAJAR ASING? 22 September 2011 MEMBACA tulisan Keluhan pelajar Matrik (Forum 20 September 2011) oleh Pedang Bertuah dari Kuala Lumpur sebenarnya isu ini ada kaitan dengan kecenderungan dasar pengambilan puluhan ribu pelajar antarabangsa mutakhir ini. Buktinya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam suatu ucapannya telah menyatakan bahawa terdapat seramai 24,214 daripada 86,919 pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berada di universiti awam buat masa ini. Kenyataan beliau dalam Persidangan Pengurusan Pelajar-pelajar Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur memberi makna kepada kita bahawa terdapat 28 peratus pelajar asing berada di universiti awam. Hal ini sekali gus telah "merampas" tempat pelajar tempatan. Bayangkan, dengan 20 jumlah IPTA yang ada, secara puratanya sebuah IPTA dihuni oleh kira-kira 1,211 pelajar asing! Malah, tambah beliau jumlah pelajar antarabangsa itu akan meningkat setiap tahun! Tidak hairanlah apabila ruang untuk pelajar lepasan matrikulasi semakin terhad seperti yang telah didedahkan oleh Pedang Bertuah. Mereka bukan sekadar bersaing secara sihat sesama mereka tetapi dalam masa sama paling sakit berebut tempat dengan pelajar asing dalam keadaan yang amat tidak adil. Oleh itu, mohon penjelasan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyatakan sejauh mana had pengambilan pelajar antarabangsa ditetapkan. Kedua, bagaimana pihak KPT telah berusaha menangani keciciran modal insan pelajar-pelajar tempatan yang cemerlang untuk mendapat tempat di IPTA. Jika salah satu sebab kemasukan ribuan pelajar asing itu kerana didorong mahu mencapai penarafan (ranking) universiti, hal itu amat memberi impak buruk seperti yang telah ditegaskan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob dalam ruangan ini pada 19 September lalu. ANTI KERA DISUSUKAN Universiti Malaya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

