Kenapa tak buka Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuala Klawang, Jelebu? Kesian orang 
Jelebu, kesian nenek Mahani, kesian pakcik Rajima harga barang di kedai runcit 
mahal sangat. Rais Yatim dan Mohamad Hasan sibuk dengan jalur lebar, bukan nak 
tengok harga barang di Jelebu. Nak beli barang di Seremban, kena tunggu 2 jam 
baru ada bas dari Jelebu. Inilah yang dinamakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, 
Pencapaian Diutamakan !
 
Harga barang runcit mahal 
22 Sep 2011 
 
KUALA KLAWANG - Penduduk di sekitar pekan Kuala Klawang meminta pihak berkuasa 
memantau harga barang khususnya barangan runcit yang dijual di pekan ini dengan 
harga tinggi. 
 
Tinjauan mendapati, harga barangan runcit yang dijual di kedai runcit di pekan 
ini jauh lebih mahal berbanding di bandar. 
 
Salah seorang pengguna, Rajima Morgesu, 60, berkata, setiap kali membeli 
barangan runcit, dia akan menghabiskan tidak kurang dari RM200. 
 
Menurutnya, harga barangan keperluan di situ sangat mahal. 
 
“Saya sering membeli barangan dapur dan makanan basah di sini serta tiada 
pilihan lain kerana tidak memiliki kenderaan untuk membeli di luar. 
 
“Tambahan pula, saya merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja,” katanya yang 
menetap di Taman Nagamas, dekat sini. 
 
Katanya, dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar yang jauh lebih 
murah, namun tidak mampu berbuat demikian kerana tambang teksi sangat mahal. 
 
Sementara menurut Mahani Jaklam, 88, dia hanya berharap kepada barangan 
keperluan harian yang dibeli anak-anaknya di luar kawasan Jelebu. 
 
Menurutnya, dia tidak pernah membeli barangan keperluan harian di sini kerana 
harganya mahal. 
 
“Saya hanya membeli barangan dalam kuantiti sedikit jika perlu. Saya harap 
pihak berkuasa dapat memantau harga barangan yang dijual di sini kerana ia 
membebankan penduduk selain tidak mempunyai pilihan lain. 
 
“Harga barangan keperluan di kedai runcit di pekan Kuala Klawang juga tidak 
selaras dan ini menyukarkan pengguna membuat pilihan,” katanya. 
 
Malah katanya, begitu juga dengan kedai runcit yang terdapat di kampung-kampung 
di mana harga ditawarkan kepada pengguna tinggi sama seperti di pekan. 
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9551730.asp
 
100 lagi kedai 1Malaysia dibuka
 
KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
bercadang membuka sekurang-kurangnya 100 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia dalam 
masa terdekat berikutan sambutan baik pengguna.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perluasan konsep Kedai 
Kedai Rakyat 1Malaysia itu didorong oleh tarikan seperti harga barangan lebih 
rendah sehingga 40 peratus berbanding pasar raya dan kedai runcit.
 
“Pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan 
paten jenama 1Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat 
yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan 
Kepenggunaan,’’ katanya di sini semalam.
 
Beliau memberitahu, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia itu juga akan diperluaskan ke 
seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar.
 
“Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan 
dengan adanya Kedai 1Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk 
berjenama ataupun produk 1Malaysia yang setaraf dari segi kualiti,’’ katanya.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia 
pertama di stesen LRT Kelana Jaya di Petaling Jaya pada Julai lalu.
 
Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan telah dijenamakan dengan 
jenama itu dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kedai itu, senarai barangan serta harganya, sila 
kunjungi http://www.kedairakyat1malaysia.com.my.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke