Buatlah berapa banyak sekali pun aduan, laporan akhbar mengenai kesengsaraan 
pengusaha bot dan nelayan Melayu, namun nasib mereka tidak akan mendapat 
perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Melayu yang berkuasa. Hanya satu cara 
untuk mengajar pemimpin Melayu macam ni. Tukar saja parti yang memerintah baru 
mereka sedar tinggi rendahnya langit. Kalau tak laporan akhbar dan aduan 
dibawah ini hanya umpama anjing menyalak bukit.
 
Tak percaya ? Baca saja laporan-laporan, aduan-aduan dan keluhan-keluhan yang 
sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/pengusaha-bot-dan-nelayan-melayu-makin.html
 
PENGUSAHA BOT TERHIMPIT
23 Sep 2011 
 
KUALA TERENGGANU: Ketiadaan sebuah benteng pemecah ombak di muara Sungai Merang 
menyebabkan rezeki pengusaha bot pelancong dan pemilik pusat peranginan di 
Pulau Redang dan Lang Tengah, semakin terhimpit kerana muara cetek menyukarkan 
bot keluar masuk, sekali gus menjejaskan kedatangan pelancong. 
 
Mereka berpendapat, penyelesaian jangka panjang perlu dirumus di kawasan 
berkenaan untuk kebaikan semua pihak terutama sektor pelancongan Terengganu 
yang disasarkan menjadi antara enjin utama penggerak ekonomi Terengganu. 
 
Pengusaha bot pelancong, Ya Salleh, 59, berkata rintihan peserta industri 
pelancongan di kawasan itu seperti tidak didengari pihak berkuasa berkaitan 
kerana tiada rancangan penyelesaian jangka panjang diambil, sebaliknya kerja 
mengorek pasir mendalamkan muara sejak lapan tahun lalu tidak berhasil, malah 
sungai menjadi semakin cetek sehingga menyukarkan laluan bot. 
 
Berita Harian difahamkan, kerajaan pusat membelanjakan RM10 juta untuk kerja 
mendalamkan muara sungai Merang sejak lapan tahun lalu, tetapi masalah muara 
cetek semakin serius menyebabkan pengusaha bot pelancong mencadangkan agar 
benteng pemecah ombak dibina bagi menyelesaikan masalah itu. 
 
Ya berkata, cadangan supaya kerja mendalamkan muara dan pembinaan benteng 
pemecah ombak pernah disuarakan kepada pegawai Kementerian Pelancongan yang 
secara kebetulan singgah di jeti itu untuk menaiki bot ke Pulau Redang 
pertengahan tahun lalu. 
 
Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan susulan dilakukan dan kerja mendalamkan 
muara sungai itu diteruskan sehingga Julai lalu, tetapi dihentikan sebulan 
kemudian. 
 
"Nasib kami pengusaha bot pelancong diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa 
tangga kerana selain masalah jeti usang diperbuat daripada kayu dan papan lapis 
yang belum diatasi, kini timbul pula masalah perjalanan bot tersekat berikutan 
muara semakin cetek. 
 
"Lebih malang, kontraktor yang diberi tanggungjawab melakukan kerja mendalamkan 
muara sungai itu, meninggalkan dan melabuhkan kapal korek di tengah muara 
menyebabkan laluan bot untuk ke jeti terganggu," katanya. 
 
Tinjuan Berita Harian mendapati kerja menyedut pasir untuk mendalamkan muara 
sungai itu dihentikan dan kapal korek dilabuhkan di tengah sungai, manakala 
paip yang digunakan untuk menyalurkan pasir ke tebing sungai dibiar menyebabkan 
perjalanan bot terhalang. 
 
Pengusaha bot, Tawang Ali, 58 berkata, keadaan muara sungai yang semakin cetek 
menyebabkan bot pelancong bersaiz besar tidak boleh masuk untuk mengambil dan 
menurunkan pelancong di jeti. 
 
"Berikutan keadaan muara semakin cetek, kita terpaksa melabuhkan bot besar di 
laut dan kerja mengambil dan menurunkan pelancong terpaksa dilakukan 
menggunakan bot gentian kaca sebelum menaiki bot besar," katanya. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengusahabotterhimpit/Article


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke