Buatlah berapa banyak sekali pun aduan, laporan akhbar mengenai kesengsaraan rakyat untuk mendapatkan pengangkutan awam terutamanya bas, namun keluhan mereka tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Melayu yang berkuasa. Hanya satu cara untuk mengajar pemimpin Melayu macam ni. Tukar saja parti yang memerintah baru mereka sedar tinggi rendahnya langit. Kalau tak laporan akhbar dan aduan dibawah ini hanya umpama anjing menyalak bukit. Tak percaya ? Baca saja laporan-laporan, aduan-aduan dan keluhan-keluhan yang sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/09/rakyat-makin-susah-dapat-bas-menteri.html 20 PERATUS SYARIKAT BAS GULUNG TIKAR 23 Sep 2011 PERAI – Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) mendakwa kira-kira 20 peratus syarikat bas yang menjadi ahli persatuan itu terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan persaingan dalam industri itu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, situasi itu berlaku apabila syarikat bas henti-henti yang beroperasi di bandar-bandar kecil tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi yang semakin meningkat selain kesukaran mendapat bantuan daripada kerajaan. Menurutnya, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha syarikat bas untuk terus beroperasi termasuk mengurangkan jumlah perjalanan dan membeli alat ganti secara hutang, ia masih mendatangkan kerugian kepada syarikat. “Syarikat bas henti-henti memang tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat bas milik kerajaan kerana tidak mampu membeli bas baharu berbanding syarikat milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar malah kami juga tidak mampu menanggung kos operasi yang semakin meningkat selagi kadar tambang tidak dinaikkan. “Tindakan mengeluarkan permit kepada syarikat bas henti-henti baharu untuk beroperasi di laluan yang sama juga memburukkan keadaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

