Nasib kaulah rakyat yang berdepan dengan masalah perumahan terbengkalai sejak bertahun-tahun yang lalu. Agaknya Najib, Muhyiddin, Umno dan BN dah tak kisah lagi dah masalah perumahan terbengkalai ni. Mereka dah ada 1Malaysia, dah ada ETP Pelan Tranformasi, dah ada SPNB, dah ada Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Buat penatnya buat aduan perumahan terbengkalai ni. Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com bukan merupakan satu ancaman pada mereka agaknya. Tambahan pula kalau di Melaka di mana merupakan kubu kuat Umno, lagilah mereka tak peduli agaknya. Satu cara sahaja untuk rakyat ajar pemimpin BN/Umno ini, undi apa-apa selain BN/Umno. Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd Aduan Rakyat 23 September 2011 Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang. Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian. Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil. Sebahagian pembeli pula telah mengambil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri. By: zainudin Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-sepadan-tegas-sdn-bhd
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

