Kejadian di bawah bukan merupakan kes pertama yang berlaku dalam PDRM. Kita 
harap PDRM melakukan siasatan terperinci dan orang awam elakkan sebarang 
spekulasi. Bagaimana pun dalam satu berita lain menyatakan laporan pakar 
mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat 
kerja di Malaysia.
 
Begitu jarang kedengaran pistol jenis Revolver Smith & Wesson .38 M15 Double 
Action tertembak dengan sendirinya kecuali terjatuh dari tempat tinggi. Itu pun 
mesti jatuh pada picu atau hammer.
 
Beberapa kejadian anggota PDRM tertembak diri sendiri sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html
 
********* 
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH 
SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI 
BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA 
KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
 
********* 
Tragedi cuci revolver
Harian Metro 28 Sep 2011 
 
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat 
konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir 
dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala. 
 
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam 
Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas. 
 
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 
ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang 
memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata. 
 
"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa 
dalam keadaan parah. 
 
"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari 
atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini. 
 
Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan 
kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan. 
 
Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD 
Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah. 
 
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru 
saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan. 
 
Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi 
mengenalpasti punca sebenar kejadian.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Tragedicucirevolver/Article
 
********* 
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 
27 Sep 2011 
 
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu 
pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau 
stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru 
serta bomba.
 
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana 
menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar 
waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. 
 
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila 
dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta 
menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika 
cuti umum, termasuk musim perayaan. 
 
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 
sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami 
stres di tempat kerja. 
 
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam 
organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat 
(42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
 
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke 
atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, 
iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 
peratus.
 
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata 
stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu 
profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah 
individu.
 
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada 
bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh 
mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. 
 
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan 
golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan 
yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. 
 
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH 
SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI 
BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA 
KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
 
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata 
yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang 
aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article
 
********* 
Constable accidentally shoots himself
2011/09/28
http://www.nst.com.my/nst/articles/Constableaccidentallyshootshimself/Article
 
********* 
Wednesday September 28, 2011
Constable accidentally shoots himself while removing bullets
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F28%2Fnation%2F9590101
 
********* 
38 SPECIAL CALIBER, REVOLVER
WARNING: The listed Taurus revolvers, when dropped from a height of three feet 
on the hammer may discharge.
http://firearmsid.com/Recalls/FA_Recalls%205.htm
 
********* 
Single-action revolvers have no external safeties, and they usually have no 
internal safeties, such as a hammer block or transfer bar, to render them 
drop-safe. 
 
On almost all double-action revolvers, there are no external safety devices; a 
trigger pull will always result in firing. In addition to that fact, most 
modern double-action revolvers do have an internal safety, either a hammer 
block or a transfer bar, that prevents firing not originating from a trigger 
pull (e.g., gun is dropped). http://en.wikipedia.org/wiki/Safety_(firearms)
 
********* 
Jenis-jenis Pistol Dalam PDRM 
REVOLVER SMITH & WESSON .38 M15
http://suksisusm.blogspot.com/2009/10/jenis-jenis-pistol-dalam-pdrm.html
 
Smith & Wesson .38 Special , double-action 
Feed system 6 round cylinder
http://en.wikipedia.org/wiki/Smith_%26_Wesson_Model_15


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke