Harakahdaily 
 
TAMPIN, 28 Sept 2011 : Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah 
Tampin merupakan sekolah agama rakyat yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang 
di bentuk oleh madrasah tahfiz sendiri tanpa mendapat sumber kewangan dari 
kerajaan.
 
Mereka mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-Quran kerana 
mampu menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar 
di madrasah berkenaan.
 
Selain itu pelajar-pelajar juga di ajar fardu ain dan tauhid. 
 
Madrasah ini telah di tubuhkan pada 1996 di mana pada awal penubuhan hanya 
seramai tiga pelajar dan seorang guru yang ketika itu beroperasi di bangunan 
rumah kayu.
 
Kini atas sumbangan bantuan dari masyarakat, telah terbinanya bangunan batu 
yang lebih selesa yang menempatkan seramai 113 pelajar dan sembilan guru 
sepenuh masa mengajar. 
 
Pada 16.6.2011 madrasah telah menerima kunjungan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed 
Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri. 
 
Tunku Besar telah bekesempatan melihat sendiri operasi pengajaran al-Quran yang 
di ajarkan di situ dan sempat melawat ke berapa kawasan di sekitar kawasan 
madrasah untuk lebih mengetahui keadaan di madrasah tersebut. Madrasah hanya 
terletak 10 kilometer dari Pekan Tampin.
 
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa di kampung Seri Repah Tampin telah berjaya 
melahirkan pelajar yang mahir dalam menghafal al Quran.
 
Pelajar yang di lahirkan dari madrasah berkenaan telah berjaya menjadi guru 
agama yang terkenal bila memasuki bulan Ramadhan pihak luar juga negara asing 
memohon untuk mendapatkan imam untuk solat tarawih.
 
Pihak Madrasah pernah menghantar pelajar untuk menjadi iman ke negara Afrika 
Selatan juga ada pelajar berjaya memasuki pusat pengajaran agama yang terkena 
termasuk di Indonesia bagi memperolehi pengetahuan mengenai al-Quran dan fardu 
ain lebih mendalam.    
 
Yang Dipertua Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, Haji Suhaimi bin Hj. Othman 
mengatakan tanah di mana terdirinya Madrasah ini adalah tanah yang di wakafkan 
oleh seorang individu sejak tahun 1996.
 
Kini pihak madrasah juga telah di berikan seluas 6.1 ekar tanah lagi oleh 
individu berkenaan untuk tujuan mendirikan bangunan bagi tujuan pembelajaran 
al-Quran juga hadis yang akan memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat 
pelajar di Madrasah berkenaan. 
 
Pelajar yang belajar di situ terdiri dari mereka yang berlainan latar  belakang 
keluarga dari seluruh negeri di Malaysia juga dari luar negara.
 
Individu-individu  juga pihak syarikat-syarikat besar yang mahu menyumbang 
kepada madrasah amat di alu-alukan. Sumbangan boleh di salurkan terus kepada 
pihak Madrasah Al-Quran Darussifa Kg Seri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.
 
Oleh Sapar Sutir [email protected]   
 
Sumber : 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5644--madrasah-darussyifa-lahirkan-ramai-hafiz


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke