Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau 
Harakahdaily 
 
REMBAU, 28 Sept 2011 : Memalukan dan menyakitkan mata bila di pandang, tulisan 
dan  lakaran yang berunsur lucah, kata-kata yang bersifat penghinaan 
terang-terang di tulis di dinding sebuah rumah penduduk yang di tinggalkan  di 
sebabkan kerja-kerja pembinaan semula rumah berkenaan belum selesai lagi. 
 
Rumah yang terletak di Taman Rembau Utama tersebut seperti  di biarkan sekian 
lama sehingga berlaku kerosakan struktur di bahagian dalam rumah.
 
Menurut kata penduduk keadaan rumah tersebut sejak dahulu semasa menduduki 
taman tersebut lebih 6 tahun dulu hingga sekarang masih tidak berubah langsung, 
tiada usaha pemulihan di buat oleh pemilik rumah berkenaan.
 
Keadaan dalam rumah berselerakan dengan sampah sarap juga di jadikan tempat 
permainan kanak-kanak di sekitar taman yang sepatutnya tidak di jadikan tempat 
permainan didalam rumah terbiar tersebut.
 
Ini kerana bahaya akan dihadapi sekiranya ada individu yang berniat jahat 
bersembunyi di situ, akan melakukan serangan kepada kanak-kanak yang memasuki 
rumah berkenaan. 
 
Keselamatan  penduduk setempat terganggu  sekiranya tiada usaha membersihkan 
sekitar di rumah berkenaan di lakukan. 
 
Dari tinjuan yang di buat di lokasi di dapati terdapat juga berapa rumah yang 
gagal di siapkan oleh pihak pemaju yang membina taman berkenaan sekitar tahun 
80an.
 
Rumah yang gagal di siapkan di biarkan tanpa di jaga sehingga ditumbuhi semak 
samun juga telah menjadi tempat persembunyiaan haiwan berbisa yang menunggu 
masa menyerang mangsa sekitar kawasan berkenaaan. 
 
Keadaan rumah yang tidak siap hanya di biarkan tanpa ada usaha membersihkan 
atau memperbaiki keadaan rumah amat mengecewakan jiran-jiran yang menduduki 
taman berkenaan.
 
Kelihatan strukturnya amat teruk sekali telah berkulat, berkarat juga struktur 
kayu di dalam rumah ada yang telah di makan anai-anai menunggu untuk runtuh. 
 
Saya mengharapkan pihak yang berkuasa melihat keadaan di sini, yang perlu di 
bersihkan dan di ambil tindakan segala masalah rumah conteng, kata seorang 
penduduk yang mahu di kenali makcik Habibah, 65, ketika di temui.
 
Keluhan yang sama turut dirasai oleh seorang lagi penduduk taman itu. 
 
Fauzi, 28, ketika di hubungi, mengharapkan sesuatu dibuat pada tuan rumah yang 
membiarkan rumah mereka terbiar  seperti memberi amaran keras agar kembali 
membina rumah yang mereka beli atau menyarankan jual kepada mereka yang 
berminat untuk mendiami rumah berkenaan. 
 
Oleh Sapar Sutir [email protected]   
Sumber : 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/5642-rumah-terbiar-bahayakan-penduduk


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke