Jelebu, Sinar Harian 29 Sep 2011 - Penduduk Kampung Putra, di sini meminta 
pihak bertanggungjawab menunaikan janji untuk melengkapkan sistem jalur lebar 
di kampung berkenaan. Mereka mendakwa, pemasangan jalur lebar di kampung 
berkenaan adalah sepertimana dijanjikan kerajaan sebelum ini sempena 
penyampaian netbook 1Malaysia. 
 
Penduduk, Sabtu Sadang berkata, penduduk kampung berkenaan dijanjikan 
pemasangan jalur lebar berkenaan pada Julai lalu. 
 
MENURUTNYA, DISEBABKAN MASALAH ITU, PENDUDUK DI KAMPUNG BERKENAAN MENGALAMI 
KERUGIAN KERANA TERPAKSA MEMBAYAR BIL STREAMYX SEBANYAK RM25 SEBULAN, 
BAGAIMANAPUN TIDAK DAPAT MELAYARI INTERNET. 
 
SELAIN ITU, SHAHRUL NIZAM BERKATA, PERKHIDMATAN TALIAN TETAP TELEFON JUGA TIDAK 
BOLEH DIGUNAKAN DI KAMPUNG BERKENAAN.  
 
(Usahkan jalur lebar, bekalan air pun ada orang Jelebu masih guna pam tangan, 
tak percaya? Tengok sini 
http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/tok-rais-tak-pandang-pun-jelebu.html)
 
“Semasa itu, saya menghadiri majlis penyampaian netbook 1Malaysia di Dewan 
Undangan Negeri (Dun) Chennah. Ahli Parlimen Jelebu ada berkata kepada saya 
bahawa jalur lebar akan dipasang di Kampung Putra pada Ogos tahun ini. 
 
“Namun sehingga kini, perkara itu tidak menjadi kenyataan. Saya telah 
menghantar khidmat pesanan ringkas kepada beliau dan pembantunya, namun tiada 
jawapan,” katanya. 
 
Sabtu berkata, seramai 25 orang pelajar di kampung berkenaan sudah menerima 
bantuan netbook 1Malaysia. 
 
“NAMUN, NETBOOK ITU TIDAK MEMBERI MANFAAT SEPENUHNYA KERANA PELAJAR TIDAK DAPAT 
MELAYARI INTERNET KERANA TIADA KEMUDAHAN JALUR LEBAR DI KAMPUNG INI,” KATANYA 
KEPADA SINAR HARIAN DI SINI. 
 
Berikutan itu, dia berharap kemudahan jalur lebar disediakan secepat mungkin di 
kampung berkenaan bagi mengelakkan penduduk menanggung kerugian dengan membayar 
bil setiap bulan. 
 
Sementara itu, anak Sabtu, Shahrul Nizam, 18, berkata, adiknya juga tidak dapat 
memanfaatkan netbook 1Malaysia yang diterima kerana tidak boleh melayari 
internet. 
 
“Kami terpaksa menumpang di Kampung Sawah kerana kampung berkenaan ada 
kemudahan jalur lebar. 
 
“Namun sejak kebelakangan ini, kami tidak lagi ke Kampung Sawah kerana 
kemudahan jalur lebarnya sudah dihentikan,” katanya. 
 
      
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575400.asp


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke