'Kami tidak diajak berunding'
Sinar Harian 29 Sep 2011 
 
SEMERBOK – Penduduk di Kampung Semerbok Masjid, dekat sini, kesal apabila tanah 
yang dipajak bagi tujuan tanaman padi sudah berubah menjadi jalan atau laluan 
yang bakal diturap. 
 
Wakil penduduk, Abdul Rahim Mohamad, 53, berkata, dia selaku waris pemilik 
tanah berkenaan berasa terkejut dan kecewa dengan tindakan agensi terlibat 
kerana tidak berunding terlebih dahulu dengan pemilik tanah. 
 
Menurutnya, kebanyakan pemilik tanah adalah terdiri daripada warga emas dan ibu 
tunggal, bagaimanapun, ia tidak seharusnya membolehkan pihak berkaitan sesuka 
hati menceroboh tanah pajakan bagi tujuan lain. 
 
“Pada awalnya, saya menjangkakan kerja yang dilaksanakan adalah bagi membina 
sistem air dan saliran bagi tanaman padi yang mana tanahnya telah dipajakkan 
sejak dari tahun 2009 lagi. 
 
“Bagaimanapun, pada kira-kira 5 petang, Ahad lalu, saya terperanjat apabila 
mendapati ia adalah kerja membina jalan. Setakat ini terdapat lapan orang 
pemilik tanah yang terlibat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi 
berkenaan. 
 
Abdul Rahim berkata, dia tidak menolak kerja berkenaan bakal membabitkan tiga 
lagi pemilik tanah. 
 
Berikutan itu, dia dan pemilik tanah terlibat membuat laporan di Balai Polis 
Chembong, Isnin lalu dan menggesa pihak serta agensi terlibat untuk 
bermesyuarat dengan mereka bagi mencari jalan penyelesaian. 
 
“Kami mahu menuntut ganti rugi kepada pihak bertanggungjawab kerana telah 
sesuka hati membina jalan, sedangkan projek tanaman padi masih juga belum 
membuahkan hasil. 
 
“Pemilik tanah hanya menerima RM200 setahun bagi pajakan sewa tanah selama 10 
tahun bagi tujuan tanaman padi,” katanya. 
  
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575160.asp
 
SIAPA YANG MENJANJIKAN HOSPITAL KEPADA ORANG REMBAU ? UMNO atau PAS? Tengok 
sendiri gambar sudah cukup di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke