Program Ceramah di Rembau Lancar - Puak Pengacau GAGAL!!
Oleh EDYES @ edyesdotcom.blogspot.com
 
6 Oktober 2011 
 
Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun 
diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan 
keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di 
pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.
 
Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi 
sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 
20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. 
 
Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Amal bersama penduduk 
tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos 
tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. 
Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya 
menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka 
akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.
 
Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. 
 
Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana 
jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang 
bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. 
 
Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang 
dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.
 
Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan 
kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 
'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai 
juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu. 
 
Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh 
beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian 
sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.
 
Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah 
lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya 
ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit. 
 
Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di 
atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi 
paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu 
juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan 
pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.
 
Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga 
dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit 
Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf 
olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah. 
 
PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami 
menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.
 
Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk 
selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai 
diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat. 
 
Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan 
memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal 
dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal 
memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak 
ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.
 
Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta 
konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil 
dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan 
tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan. 
 
Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan 
turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam 
pertemuan itu. 
 
Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya 
berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak 
berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3. 
 
Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas 
oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum 
mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak 
ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak 
diundang ini berjaya keluar. 
 
Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan 
Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. 
Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu 
majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno. 
 
Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di 
antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal 
sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara 
mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau 
lah labu.
 
Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler 
(pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun 
turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma 
sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari 
belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.
 
Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap 
menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak 
bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan 
signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama 
pejuang yang menegakkan jalanNya!!
 
Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah 
gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya...


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke