Begitu banyak keluhan bakal guru graduan KPLI, TESL, UPSI yang menganggur 
ketika ini, bukan sebulan dua, tapi bertahun, bukan seorang dua tapi beribu. 
Walaupun banyak aduan dalam media keluhan mereka ini, tapi seolah-olah kerajaan 
buat pekak telinga. Apakah khidmat Mat Sabu diperlukan untuk membuka mata dan 
telinga pemimpin negara?
 
Sepertimana nasib balu polis Bukit Kepong yang tak dapat pencen dan pusara 
Bukit Kepong yang begitu daif sebelum kecoh isu Mat Sabu dan Bukit Kepong.
 
Abang Mat Sabu tolonglah para graduan ini. Hanya suara Mat Sabu yang mereka 
boleh harapkan sekarang ini. 
 
Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html
 
Kisah ramai para guru graduan KPLI  menganggur di
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html
 
Gambar Pusara Bukit Kepong yang daif di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/pusara-bukit-kepong-menyedihkan-tidak.html
 
Graduan ISMP terperangkap dengan pengangguran 
7 Okt 2011 
 
Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah 
terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru 
dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.
 
Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman berkata, 
masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih 
(GST) yang masih belum diumumkan.
 
"Pihak GGIM juga berpendapat graduan ISMP mempunyai latihan yang khusus dalam 
bidang pendidikan dan mereka tiada ada pilihan lain selain menjadi guru 
memandangkan ijazah mereka yang khusus dalam bidang pendidikan menjadikan 
mereka sukar untuk diterima dalam pasaran kerja semasa.
 
"Buktinya ramai Graduan ISMP di tolak mentah-mentah oleh majikan swasta atas 
alasan tidak kekal lama dan akan mengambil hak graduan bidang lain," Abdul 
Rahman.
 
http://malaysiakini.com/news/177961


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke