Bajet 2012 memberi manafaat kepada bekas pejuang negara dan juga kem dan 
kuarters tentera. Akan tetapi adakah susulan dari itu akan mengakibatkan 
peralatan pertahanan yang tua dan uzur akan digunakan sehingga 2020 antaranya 
kapal peronda dan kapal perang yang usianya melebihi 30 tahun, kereta perisai 
Condor yang digunakan sejak awal 1980an dan helikopter Nuri yang digunakan 
sejak 1960an.

Kita ikuti ulasan mereka yang mengikuti perkembangan pertahanan negara, jangan 
pula ada media dan wartawan yang tanya para artis apa pendapat mereka mengenai 
bajet pertahanan negara.

Bajet 2012 berjumlah RM232.2 bilion dimana untuk pertahanan ialah RM13.714 
bilion, kirang RM100 juta berbanding bajet 2011 iaitu RM13.823 bilion.

Dari RM13.7 bilion tersebut, RM10.945 bilion adalah untuk pengurusan (gaji, 
operasi, logistik) dan RM2.7 bilion untuk kos pembangunan (pembelian). Kos 
pengurusan untuk 2012 meningkat RM400 juta berbanding 2011, sementara kos 
pembangunan berkurang RM400 juta.

Boleh kita andaikan RM400 juta yang dipotong dari pembangunan adalah untuk 
kenaikan gaji tentera memandangkan peningkatan kos emolumen untuk tahun 2012 
iaitu RM400 juta?

Kos untuk pembangunan dan pembelian aset telah berkurang kepada RM2.6 bilion 
pada tahun 2012, berbanding RM3.292 bilion pada tahun 2011.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah defisit yang besar dalam perbelanjaan 
yang dirancang untuk kos projek pembangunan Tentera Darat. Sebagai contoh untuk 
projek pembelian aset dan pembinaan dirancang sebangan RM8.18 bilion sedangkan 
perbelanjaan yang dirancang untuk 2012-2013 hanyalah RM1.44 bilion.

Begitu juga dengan Tentera Laut, kos projek ialah RM10.3 bilion untuk tetapi 
peruntukan hanya RM4.4 bilion manakala Tentera Udara kos projek diracang ialah 
RM5.02 bilion tetapi peruntukan hanya RM2.52 bilion.

Apakah Mat Sabu akan membangkitkan isu ini dalam ceramah kerana beliau bukan 
Ahli Parlimen, atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan membangkitkan 
isu ini? Atau mungkin Pengerui PERKASA akan membicarakan isu ini dalam Parlimen 
kerana ianya merupakan isu pertahanan dan kedaulatan negara.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Sumber dari  - Malaysian Defence http://www.malaysiandefence.com/?p=1792  





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke