FENOMENA pelanduk dua serupa atau individu memiliki wajah yang hampir sama 
sering menarik perhatian orang ramai. Dalam kebudayaan Barat, mereka yang 
mempunyai wajah hampir seiras atau disebut ‘klon’ selalunya dikaitkan dengan 
personaliti hiburan, ahli politik atau kerabat diraja. Apakah Dato Seri Anwar 
Ibrahim juga mempunyai klonnya di Malaysia?
 
Sebelum ini klon Presiden Amerika Syarikat ditemui di Malaysia, kisahnya di 
http://amkns.blogspot.com/2011/06/kembar-presiden-obama-di-malaysia.html
 
Bahkan ramai individu berwajah seiras dibayar untuk menjadi tetamu dalam majlis 
awam, menghadiri temu bual televisyen atau berlakon filem kerana wajah mereka 
seiras personaliti hiburan atau orang kenamaan.
 
Wajah mereka yang hampir seiras dengan individu terkenal ini boleh dilihat 
dalam banyak laman Internet termasuk gambar yang disediakan agensi fotografi 
profesional.
 
Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pula didakwa mengupah beberapa klonnya 
sebagai taktik politik semasa pemerintahannya.
 
Menurut program televisyen CBS, 60 Minutes pada Januari 2008, Saddam Hussein 
menafikan kepada penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang dia mengupah 
kumpulan ‘klon’ tersebut.
 
Semenjak tahun 2011, seorang lelaki mirip wajah jurulatih England, Sven 
Goran-Eriksson bernama Derek William telah diupah oleh pasukan bola sepak 
negara itu untuk menggantikan Eriksson dalam jemputan rasmi dan perlawanan 
persahabatan.
 
Seperti di Malaysia, sesetengah masyarakat Barat percaya terdapat tujuh 
individu berwajah serupa di dunia ini. 
 
Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Lee Peng Hock, 
60, mencuri tumpuan kerana wajahnya mirip Abdullah.
 
Menurut Peng Hock, beliau tiba-tiba menjadi popular sehinggakan ada saja orang 
memanggilnya Pak Lah ke mana saja beliau pergi.
 
Pada Januari 2007, orang ramai digemparkan dengan kemunculan klon mirip juara 
Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi iaitu Saifulruddin Mohd. Idaham, 21, dari 
Cheras, Kuala Lumpur.
 
Saifulruddin yang merupakan seorang tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra 
(PWTC) pernah diserbu orang ramai yang menyangka dia ialah penyanyi bergelar 
Raja SMS itu.
 
Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal memberitahu, tidak mustahil setiap individu 
di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa.
 
Katanya, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada 
pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.
 
“Sebenarnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Jika diteliti susur 
galur dan keturunan, wajah seiras sememangnya boleh berlaku.
 
Ujarnya lagi, wajah klon kebanyakannya berlaku pada manusia yang mempunyai 
susur galur keturunan dan bangsa yang sama.
 
Diolah semula dari 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke