Kesian betul ya rakyat Pahang ni. Selalu betul buat aduan dalam akhbar 
penderitaan mereka. Kenapa sampai jadi begini, nak ganti jambatan gantung yang 
agaknya tak sampai RM1 juta pun kena masuk akhbar. Mana pergi wakil rakyat atau 
ahli parlimen di Pahang ni?
 
Jangan lupa baca PELBAGAI DERITA RAKYAT PAHANG yang dilaporkan sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html
 
PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG
 
TEMERLOH 8 Okt.2011 - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai 
Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang 
digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap 
mengalami kerosakan.
 
Seorang penduduk, Arifin Singah, 75, berkata, jambatan gantung yang berusia 
separuh abad itu sudah tidak lagi sesuai kerana faktor pertambahan penduduk dan 
kenderaan.
 
"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak 
lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur 
dan mengalami banyak kerosakan.
 
"Setiap tahun jambatan itu dibaiki dengan kos yang tinggi. Apa salah kiranya 
kos itu digunakan untuk membina sebuah jambatan konkrit yang lebih selamat dan 
mampu dilalui oleh kereta," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
 
Marto Marjo, 52, pula berkata, jambatan itu hanya boleh dilalui oleh motosikal 
manakala kereta pula perlu diletakkan di seberang jika ingin ke bandar Mentakab 
yang terletak kira-kira empat kilometer.
 
Katanya, penduduk juga bimbang kereta yang ditinggalkan di seberang dicuri atau 
dihempap pokok seperti kejadian ribut yang berlaku beberapa bulan lalu.
 
"Jika jambatan ini diganti dengan jambatan konkrit, ia memudahkan penduduk 
membawa kereta selain boleh disimpan di pekarangan rumah masing-masing. Kami 
tidak mahu jambatan yang besar tetapi cukuplah sekadar boleh dilalui sebuah 
kereta," katanya.
 
Bukhari Sinin, 56, pula berkata, tali pengikat jambatan itu sendiri sudah tidak 
kukuh dan kerap terputus menyebabkan mereka berasa tidak selamat menggunakan 
jambatan itu.
 
"Penduduk sudah mohon supaya jambatan konkrit dibina. Namun masih belum ada 
tindakan. Cuma kerja-kerja membaiki jambatan itu dilaksanakan.
 
''Sampai bila kami perlu mempertaruhkan nyawa terutama murid-murid yang cukup 
berisiko terjatuh ke dalam sungai ketika menggunakan jambatan itu ke sekolah," 
katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke