Nampaknya tiada berita gembira untuk ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011. Yang ada berita baik hanyalah guru sedia ada , boleh kerja sampai umur 60 tahun. Nasib kaulah ribuan bakal guru, tunggulah Bajet 2013 atau PRU-13 nanti. Berita sebelum ini ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html GURU KECEWA MENANTI ‘POSTING’ October 10th, 2011 Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang pengajaran bhs inggeris sbg bhs kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI. Hal ini amatlah memberi tekanan kepada kami. persoalannya, setelah belajar selama 4 tahun di dalam bidang ini, adakah kami akhirnya hanya akan menjadi graduan menganggur? Menghabiskan masa kami bertahun2 untuk belajar, sayangnya kami tidak dapat mempraktikkan apa yang kami pelajari dahulu di tempat yang sepatutnya. Perkara ini juga memberi tekanan kepada kami kerana kami perlu membayar wang pinjaman yang kami gunakan ketika belajar dahulu. Walaupun masih belum bekerja, tetapi, kesemua kami yang telah mendapat surat daripada PTPTN yang meminta kami menjelaskan pinjaman kami. Masalahnya, bagaimana kami mampu membayar pinjaman sebanyak RM26,000 tersebut sekiranya kami masih belum bekerja seperti sekarang ini? Sekiranya kami ingin bekerja di tempat lain, ini juga menyukarkan kami kerana kami tidak tau bila kami akan di panggil posting dan pihak majikan tidak menerima pekerja yang bekerja dengan tempoh yang tidak tetap begitu. Adalah tidak adil pada kami apabila golongan lepasan KPLI dan GSST, yang hanya mempunyai sedikit asas dalam bidang perguruan ini mendapat tempat terlebih dahulu sedangkan kami yang bertungkus lumus belajar segala aspek perguruan dengan sebetulnya, DIKETEPIKAN sewenangnya. Adakah golongan lepasan KPLI dan GSST diberi peluang untuk mendapat penempatan terlebih dahulu kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding kami? Jika begitu, BERILAH kami peluang menimba pengalaman seperti mereka. TENTUKAN PENEMPATAN KAMI KE SEKOLAH SECEPAT MUNGKIN! Diharap luahan ini dapat disiarkan dan saya memohon kepada pihak yang berwajib supaya mengambil PERHATIAN sepenuhnya tentang perkara ini. GURU KECEWA MENANTI POSTING. By: misscik http://www.aduanrakyat.com.my/guru-kecewa-menanti-posting
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

