10 Okt 2011 - Salam, saya mewakili penduduk Kg.Tembioh, Kota Tinggi Johor ingin 
membuat aduan tentang pembinaan jambatan yang sedang dijalankan amat 
membahayakan para pengguna terutamanya bagi yang berkenderaan kerana jambatan 
tersebut merupakan laluan utama untuk keluar masuk kampung kami.
 
Kami dapati tiada pemantauan daripada pihak berkuasa terutama Majlis Daerah 
Kota Tinggi atau jabatan lain yang berkaitan dengan proses pembinaan jambatan 
tersebut terutama tahap keselamatan pengguna jambatan tersebut. 
 
Pembinaan jambatan tersebut memakan masa yang terlalu lama hampir setahun lebih 
dan pekerjanya hanya 5 hingga 6 orang sahaja sedangkan kos pembinaan tersebut 
hampir jutaan ringgit. 
 
Kami kecewa kerana jambatan yang sedang dibina seolah-olah tiada perubahan dan 
makin merbahayakan kerana jambatan tersebut dibina terlalu tinggi dan serta 
sehala dan amat menyukarkan sekiranya pertembungan yang mahu naik dan turun.
 
Untuk pengetahuan pihak tuan, banyak berlaku kenderaan yang hampir terbabas 
masuk ke dalam sungai kerana tiada penghadang, alat sensor, dan mendapan tanah 
yang makin kritikal apabila tiba musim hujan.
 
Selain itu, kami dapati pihak kontraktor hanya menambak tanah merah melebihi 
daripada batu dan tiba sahaja musim hujan, tanah tersebut akan menjadi mendap 
dan hampir terbolos dan mereka hanya meletakkan sekeping papan besi sahaja. 
Sudah pasti papan tersebut licin dan mudah tergelincir.
 
Besar harapan kami kepada pihak berkenaan terutama Menteri Besar Johor, dan 
Ahli Parlimen Bahagian Kota Tinggi agar dapat membantu menyelesaikan masalah 
kami (warga emas,belia,pelajar sekolah) kerana sebelum ini aduan telah 
dikemukakan kepada pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Kota Tinggi tetapi 
hingga kini tiada maklum balas atau sebarang tindakan.
 
By: norazlinda http://www.aduanrakyat.com.my/pembinaan-jambatan-yang-merbahaya
 
Treler 'tersangkut' di Jambatan Sungai Tembioh
 
KOTA TINGGI 21 Dis. 2010 - Jambatan kayu yang uzur merentangi Sungai Tembioh di 
sini hampir runtuh apabila sebuah treler yang membawa muatan berat 'tersangkut' 
semasa melaluinya semalam.
 
Semasa kejadian, treler tersebut membawa batang cerucuk konkrit dan akibatnya, 
roda kenderaan itu 'terperosok' di lantai jambatan yang reput.
 
Ini menyebabkan treler tersebut menghalang kenderaan lain daripada melaluinya.
 
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati struktur tiang kayu jambatan selebar empat 
meter itu telah uzur dan reput serta berisiko jika kenderaan berat melaluinya.
 
Kampung Tembioh yang terletak di pinggir bandar ini mempunyai 300 penduduk dan 
jambatan berkenaan merupakan satu-satunya laluan penghubung bagi penduduk untuk 
keluar masuk.
 
Menurut penduduk, jambatan kayu itu pada asalnya dibina oleh pengusaha sebuah 
kilang papan yang beroperasi di kampung berkenaan pada tahun 1960-an, namun 
kilang itu telah berpindah ke Jalan Mawai di sini sejak dua tahun lalu.
 
Pemandu treler, Shahrin Abdul Rahman, 48, memberitahu, dia diminta untuk 
menghantar cerucuk konkrit berkenaan untuk memudahkan kerja menanam cerucuk 
tapak jambatan baru di situ.
 
"Ketika memandu atas jambatan itu, treler itu menyenget ke kiri, saya turun 
untuk menyiasat dan mendapati kesemua 12 batang cerucuk itu telah terjatuh ke 
Sungai Tembioh yang menghubungi Sungai Johor di sini sebaik roda kiri treler 
itu termasuk ke lantai kayu jambatan," katanya.
 
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff 
yang meninjau keadaan jambatan itu bersama ahli Majlis Daerah Kota Tinggi 
berkata, jambatan itu akan digantikan dengan sebuah jambatan konkrit selebar 
11.9 meter yang dibina dengan kos RM1.7 juta Oktober lalu dan jangka siap Mei 
tahun depan.
 
Asiah berkata, sebelum ini terdapat satu papan tanda pemberitahuan kenderaan 
yang melebihi lima tan tidak dibenarkan melalui jambatan itu. 
 
"Usaha mengalihkan treler itu dan kerja membaiki lantai jambatan sedang 
dijalankan bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan harian mereka," katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke