Dah bulan Oktober 2011, masih belum keluar lagi Laporan Ketua Audit Negara 
tahun 2010 untuk Persekutuan dan semua negei di Malaysia. Kalau macam ni baik 
tutup sajalah Jabatan Audit Negara ni, ada, macam tak ada. Ke ada sebab lain 
laporan tersebut belum dikeluarkan untuk tatapan umum?
 
Apa ke tidaknya banyak pendedahan dilaporkan semasa Laporan Ketua Audit Negara 
tahun 2009. Antaranya Bangunan Majlis Agama Islam Melaka yang terjual kepada 
taukeh Cina seperti laporan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html
 
Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara – Anwar
 
KUALA LUMPUR:  Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit 
Negara. sepertimana kebiasaan.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga 
dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi 
kewangan negara.
 
“Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum 
belanjawan dibentangkan.
 
“Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan 
laporan Ketua Audit Negara itu?” soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 
di parlimen hari ini.
 
Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika 
negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.
 
Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion 
sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang 
PakatanRakyat 4 Oktober lalu.
 
Potongan dan kajian semula  itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang 
dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan 
yang tidak tepat.
 
“Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan 
angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan 
negara.
 
“Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana 
ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta 
unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012,” kata Anwar.
 
Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang 
diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa 
ekonomi tempatan dan dunia.
 
Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research 
yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 
peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
 
Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat 
dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh 
menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.
 
“Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan 
unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat 
tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada 
Petronas,” kata Anwar
 
http://www.keadilandaily.com/belanjawan-2012-dibentang-tanpa-laporan-ketua-audit-negara-anwar/


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke