Menteri kata jangan panik beli beras. Banjir besar di Thailand tidak akan 
menjejaskan stok beras negara. Menteri tak hebohkan dalam media, tak ada pun 
rakyat tahu, tapi sebab menteri dah heboh dalam media supaya tidak panik, 
bertambah paniklah rakyat. Tambahan pula berita malam tadi kata akan ada ribut 
lebih besar di Thailand, Vietnam dan Indonesia, negara pengeluar utama beras.
 
Rakyat jangan panik beli beras
Kosmo 12 Okt 2011 
 
PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan 
bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika 
ini. 
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan 
melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras 
secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul 
masalah kekurangan bahan itu. 
 
Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang 
ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara 
itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.
 
“Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di 
tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan 
dibawa masuk dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas 
merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam. 
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke