Pengundi di DUN lain di Negeri Sembilan ini juga di seluruh Malaysia, perlulah mencontohi majoriti pengundi di DUN Paroi. Apabila DUN Paroi diwakili oleh PAS sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin Umno pun buka mata. Kawasan ladang yang bertahun-tahun wakil rakyat BN sebelum ini jadi wakilnya, dapat saja ke PAS terus dapat lampu jalan dan macam-macam kemudahan lain, nak tawan baliklah katakan. Kenali wakil rakyat DUN Paroi di blog beliau di http://mohdtaufek.blogspot.com Sinar Harian 12 Okt 2011 SUNGAI GADUT - Kerajaan Negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pengundi di sekitar kawasan ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hampir semua permintaan orang ramai berhubung penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur telah dilaksanakan. “Sebagai contoh, jika dulu kawasan Ladang Kombok di sini gelap pada waktu malam, kini sudah terang benderang setelah lampu jalan dipasang. “Banyak kemudahan awam dan infrastruktur lain turut dinaik taraf untuk keselesaan orang ramai di sini,” katanya pada majlis bersama rakyat di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, di sini, baru-baru ini. Pada majlis sama, Mohamad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan India Kombok dan bantuan lain kepada seramai 54 warga emas serta 12 ibu tunggal. Sehubungan itu menurutnya, pengundi seharusnya melahirkan penghargaan mereka dengan mengundi BN pada PRU ke-13 nanti. Kata Mohamad, sokongan padu rakyat akan membantu BN untuk menawan semula kerusi Dun Paroi dan Dun Senawang yang pada masa ini disandang wakil rakyat pembangkang. Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum India terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. “Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan kaum India. Sehubungan itu, kaum India sewajarnya meneruskan sokongan terhadap BN agar kebajikan mereka terus dibela,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9627682.asp
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

