Bajet 2012 PM kata, ketua isi rumah pendapatan RM3000 sebulan akan dapat RM500. 
Tapi kena melalui proses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN pula kena 
daftar dengan e-Kasih, kemudian melibatkan pula BSN dan POS Malaysia, juga 
Zakat. Senang cerita macam nilah, sepatutnya RM500 ini diberikan kepada rakyat 
Malaysia yang pergi mengundi.
 
Siapa yang pergi mengundi akan dapat RM500. Pasti ramai rakyat kita yang ada 
Mykad sah akan berebut daftar dengan SPR, tak payah penat-penat Pengerusi SPR 
kempen, daftarlah, daftarlah, lepas tu kena kempen undilah, undilah. Juga tak 
akan timbul masalah pengundi hantu.
 
Jangan pula nak bagi RM500 ni jadi macam tahun 2009 projek Kupon Beras SUBUR 
untuk keluarga miskin yang akhirnya ditangguhkan entah sampai bila kerana 
senarai nama yang layak menerima tidak lengkap, ada yang dah mati pun dapat, 
seperti laporan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html
 
Bantuan rakyat RM500 mula diagih Jan 2012
October 12, 2011 
 
“SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA 
RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM 
ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN,” KATANYA.
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak 
RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai 
Januari 2012.
 
Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan 
wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat peringkat, tanpa 
penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.
 
Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.
 
Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 
sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan 
mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.
 
Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank 
Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang 
media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.
 
Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data 
e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat 
yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata 
rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang 
pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.
 
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN 
serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.
 
“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke 
semasa,” katanya.
 
Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu 
ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan 
dilakukan.
 
Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan 
mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. 
Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.
 
“SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA 
RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM 
ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN,” KATANYA.
 
- Bernama
 
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/12/bantuan-rakyat-rm500-mula-diagih-jan-2012/


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke