Cepat, daftar di e-Kasih untuk dapatkan RM500 pada Januari 2012 nanti. 
Syaratnya cukup mudah, pendapatan isi rumah bawah RM3000. Pasangan dato nenek 
dikira satu isi rumah, pasangan ibu ayah dikira satu isi rumah, pasangan abang 
kakak ipar dikira satu isi rumah, pasangan kakak abang ipar dikira satu isi 
rumah. Cepat daftar sekarang sebab bayaran secara berperingkat-peringkat.
 
Tak tahulah berperingkat tu sampai Disember 2012 ke, Disember 2013 ke atau 
selagi stok masih ada.
 
Sila daftar on-line di laman web e-Kasih di 
https://www.ekasih.gov.my/Pendaftaran/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx 
 
Inilah masanya kita nak bantu saudara mara, sepupu sepapat kita di kampung yang 
susah yang tiada kemudahan internet dan jarang diziarahi oleh Ketua Kampung, 
Pengerusi JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen.
 
************* 
RM500 diagih awal tahun depan
 
KUALA LUMPUR 12 Okt. 2011 - Pemberian bantuan kepada rakyat sebanyak RM500 
melibatkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan 
bermula pada Januari ini. 
 
Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, PENGAGIHAN BANTUAN 
WANG TUNAI ITU AKAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT, pada bila-bila masa 
mulai awal tahun depan.
 
Beliau berkata, agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan 
ditugaskan sebagai pelaksana berdasarkan kepada maklumat penerima melalui 
fail-fail cukai pendapatan.
 
''Agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank 
Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,'' katanya selepas 
merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini hari ini.
 
Bantuan yang diberikan hanya sekali sahaja (one off) diumumkan oleh Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 
baru-baru ini.
 
Menurut Awang Adek, selain maklumat fail cukai pendapatan, LHDN dijangka 
menggunakan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan 
maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
 
Beliau berkata, antara mekanisme pembayaran adalah berdasarkan perkiraan jumlah 
pendapatan isi rumah dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak 
yang tinggal bersama. 
 
Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.
 
''Kerajaan akan mengkaji isu-isu berbangkit sebelum ia dilaksanakan nanti,'' 
katanya.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar 
berkata, rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan 
borang pendaftaran melalui laman web LHDN.
 
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN 
serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.
 
"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke 
semasa,'' katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
 

Kirim email ke