Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin 
16 Okt 2011 
 
Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga 
Mantin, Negeri Sembilan
 
Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari 
ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, 
Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan. 
 
Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai 
sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar 
Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, 
kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat 
pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada 
Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda.
 
Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju 
walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan 
penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk 
pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan 
berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), 
memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan 
kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang 
menyebabkan bau busuk.
 
Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah 
membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai 
Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah. 
 
Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya ‘hangat-hangat 
tahi ayam’ sahaja. 
 
Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan 
Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak 
memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut 
dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan 
ini. 
 
Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan 
ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima 
dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara 
yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa 
dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita.
 
Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga 
disini. Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk 
lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata 
serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki 
masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami. 
 
Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat 
begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA 
MERUPAKAN DATO’ DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak 
bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang 
sebenarnya terjadi.
 
Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa 
pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti 
tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar 
ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami. 
 
Saya rasa ‘bom waktu’ ini tidak lama lagi akan meletup. 
 
Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai 
dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini.
 
Warga Mantin yang prihatin…
 
http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin
 

Kirim email ke