Belum apa-apa kerajaan Umno/BN dah kalut macamana nak beri rakyat yang isi 
rumah pendapatan bawah RM3,000 sebulan akan dapat RM500 sekali sahaja, bukan 
tiap-tiap bulan. Definisi isi rumah pun tak jelas. Yang pasti pasangan yang 
berkahwin sepatutnya dikira satu isi rumah. Adakah sesiapa yang berkahwin 
sehingga 31 Disember 2012 layak dapat RM500 tersebut?
 
Mereka yang dapat bantuan Jabatan Kebajikan, bantuan Baitulmal pun akan layak 
dapat RM500 tersebut. Pasangan Orang Asli yang kahwin belasan tahun pun 
sepatutnya layak dapat RM500 tersebut. Pegawai askar yang dapat pencen RM2,999 
sebulan pun sepatutnya layak dapat RM500.
 
Jangan pula nak bagi RM500 ni jadi macam tahun 2009 projek Kupon Beras SUBUR 
untuk keluarga miskin yang akhirnya ditangguhkan entah sampai bila kerana 
senarai nama yang layak menerima tidak lengkap, ada yang dah mati pun dapat, 
seperti laporan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html 
 
Dibawah pentadbiran kerajaan BN ni bil elektrik TNB naik mendadak sehingga 300 
peratus , naik sampai RM300 sebulan bukan main senang. Nak bagi RM500 setahun 
pun bukan main susah. Macam kisah sebelum ini Bil elektrik naik 40 kali ganda, 
TNB Perompak Rakyat di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/bil-elektrik-naik-40-kali-ganda-tnb.html 
 
Sabtu Oktober 15, 2011 
KABINET BINCANG MINGGU DEPAN CARA BAYARAN KHAS RM500 
 
KUALA LUMPUR: ARAHAN LEBIH JELAS bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada 
setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam 
mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan 
Sri Dr Koh Tsu Koon.
 
Beliau berkata terdapat BANYAK PERTANYAAN DARI ORANG RAMAI MENGENAI PERKARA ITU 
DAN IA PERLU DISELESAIKAN SEGERA SEBELUM MENJADI KONTROVERSI.
 
Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.
 
"Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara 
untuk mengira pendapatan mereka," katanya yang juga Presiden Gerakan kepada 
pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di 
sini Sabtu.
 
Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet 
itu.
 
"Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi 
jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.
 
"Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, 
tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya," katanya. - BERNAMA
 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/15/mstar_berita/20111015165610&sec=mstar_berita
   

Kirim email ke