Adalah menjadi kenyataan bahawa Jeneral-Jeneral di Malaysia ini yang berpakaian 
seragam tentera akan memakai kalimah Allah apabila masuk ke tandas. Kenapa ini 
boleh berlaku sedang kita membincangkan isu untuk memartabatkan agama Islam dan 
menyelamatkan akidah umat? Adakah perkara ini isu remeh temeh sehingga semua 
pihak terlepas pandang?

Apa yang dimaksudkan ialah pada lencana pangkat seorang Jeneral ada 1 lencana 
crown atau mahkota yang jelas tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan 
jawi atau tulisan bahasa Al Quran.

Sudah pasti crown ini akan dibawa ke mana-mana oleh Jeneral tersebut apabila 
masuk ke tandas. 

Yang menggunakan crown ini bukan hanya mereka berpangkat Jeneral, akan tetapi 
mereka yang berpangkat Mejar , Leftenan Kolonel, Kolonel, Leftenan Jeneral 
hinggalah ke Jeneral. Juga mereka berpangkat Pegawai Waran II dan Staf Sarjan 
juga memakai crown ini.

Penggunaan crown ini bukan hanya terdapat dalam perkhidmatan tentera , malah 
ianya digunakan dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan lain-lain jabatan.

Baru-baru ini saya dengan rakan sepejabat yang bukan Islam saya berurusan 
dengan satu jabatan kerajaan. Kami bertemu seorang pegawai bukan Islam yang 
memakai pakaian seragam dengan pangkat pada kiri dan kanan bahunya jelas ada 
crown yang tertulis kalimah Allah.

Dalam hati saya terdetik, bagaimana pegawai bukan Islam ini memakai kalimah 
Allah tersebut dan menggunakannya semasa ke tandas.

Apabila selesai berurusan dalam perjalanan pulang dalam kereta, saya 
bertanyakan rakan saya yang bukan Islam. Saya berkata, tahu tak di Malaysia 
ini, orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? Dia seakan 
terperanjat dan kata tidak tahu pula. 

Saya tanya dia sekali lagi, dia perasan tak pegawai bukan Islam tadi ada 
kalimah Allah dan Muhammad pada pangkat di bahunya? Sekali lagi dia terperanjat 
dan dia memang amat-amat keliru akan apa yang berlaku sekarang.

Dia amat keliru kenapa pegawai kerajaan bukan Islam boleh menggunakan kalimah 
Allah dan dalam pada masa yang sama orang bukan Islam tidak boleh menggunakan 
kalimah Allah.

Apa yang agak memalukan saya ialah apabila rakan saya yang bukan Islam tadi 
berkata, bukankan kalimah Allah itu dianggap suci oleh orang Islam, dan tidak 
patut di bawa ke tandas?

Saya pun diam sajalah.

Mungkin Mejar Jeneral (Bersara) Jamil Khir Baharom ada jawapannya?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html 

Sumber pangkat di 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lencana_pangkat_Angkatan_Tentera_Malaysia 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke