Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke 
negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah 
dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar. Berita terakhir yang 
kami dengar Kolej …. telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga 
bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata 
api daripada …..
 
Kolej sarang penjenayah?
Utusan Malaysia 18 Okt 2011 
 
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua 
Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur 
jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.
 
Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit 
tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan 
apabila tiba waktunya. 
 
Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih 
daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam 
aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.
 
Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi 
pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika 
membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 
 
Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin
16 Okt 2011
 
Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga 
Mantin, Negeri Sembilan
 
Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju 
walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan 
penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk 
pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan, memasang muzik kuat-kuat pada 
pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata 
dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk.
 
Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah 
membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai 
Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah.
 
BERITA TERAKHIR YANG KAMI DENGAR KOLEJ LEGENDA TELAH MEMBAWA MASUK LEBIH 200 
BEKAS BANDUAN YANG JUGA BEKAS PENGGANAS YANG TAHU MENGGUNAKAN SENJATA SERTA 
TAHU UNTUK MEMBUAT SENJATA API DARIPADA NIGERIA (YANG KESEMUANYA MEMILIKI 
MASALAH SOSIAL) KE NEGARA INI DAN MAKNANYA KE KE DAERAH KAMI.
 
Artikel penuh di 
http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin
 
 
'Mereka bersikap biadab'
 
SEREMBAN - Disebabkan perangai biadab segelintir pelajar Afrika beberapa 
pelajar tempatan berasa tidak puas hati sehingga tercetus pergaduhan.
 
Demikian dakwa seorang pelajar perempuan kolej swasta dekat Mantin, di sini 
yang mahu dikenali Mira berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di luar 
kediaman kolej tersebut bermula pukul 9.30 malam dan 2.30 pagi kelmarin.
 
Penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan sudah dua tahun menetap di asrama 
kolej itu berkata, antara perangai biadab yang kurang disenangi termasuklah 
suka memandu laju dan mengganggu pelajar lain.
 
"Tidak semua pelajar negara asing itu berperangai sedemikian kerana terdapat 
dua kumpulan Afrika di kolej itu, bagi yang beragama Islam mereka lebih beradab 
dan membuat hal masing-masing dan tidak menganggu pelajar.
 
"Tetapi kumpulan yang satu lagi, dilihat macam kumpulan samseng berjalan dalam 
kumpulan yang ramai dan suka kacau pelajar perempuan selepas kuliah, inilah 
yang membuat pelajar berasa tidak senang.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
 
Kecoh pelajar Afrika diserang
 
SEREMBAN - Huru-hara sebuah flat yang didiami sekumpulan pelajar Afrika dari 
sebuah kolej swasta di Mantin dekat sini apabila mereka diserang sekumpulan 
kira-kira 100 pelajar kolej sama dan turut disertai penduduk di taman perumahan 
berdekatan.
 
http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 

Kirim email ke