Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights 
18 Okt 2011 
 
Saya  telah  membeli  sebuah  rumah teres setingkat yang  dimajukan oleh 
Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 
2002 dan sepatutnya  siap  2003 sebanyak  152 unit Rumah  Teres Setingkat dan 
Rumah Kos Rendah 2 Tingkat  119 unit . Rumah  telah  terbengkalai , saya  
telah  membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap  bulan hingga  sekarang. 
 
Setiap  tahun  juga saya  terpaksa membayar  cukai tanah di Pejabat Daerah 
Kuala Pilah hingga  sekarang.
 
Saya  juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat 
Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju  dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan 
tersebut. 
 
Pihak  berkenaan  berjanji  akan  memberi  ganti perumahan  lain  untuk  kami  
memandangkan  Projek Perumahan itu  dihentikan  berbahaya  di  lereng  bukit. 
 
Semasa  pembelian  saya  tidak  tahu  kedudukan  rumah  tersebut  hanya  
diberitahu  rakan  dan  melihat  melalui  gambar  dari  pihak  pemaju  
perumahan  di  Johor  Bahru kerana  saya  bertugas  di  Johor  Bahru.
 
Masalah  ini  patut  dapat  di  atasi  segera  kerana  setiap  kali  belanjawan 
ada  disebut  masalah  rumah  terbengkalai  akan  diambil  berat seperti  juga  
tahun  2011 dan  memandangkan  pilihanraya  hampir  tiba , saya  , kami  
berharap  masalah  perumahan  terbengkalai  ini  dapat  disiapkan  dan  
memberi  penempatan  baru  kepada  kami . 
 
Juga  saya  memang  amat  memerlukan tempat  tinggal  kerana  2014  akan  
bersara  tiada  tempat  tinggal  selepas  persaraan . Kesiannilah  saya  yang  
terania dan  selepas  bersara  tidak  akan  menyewa  rumah  pula.
 
Sekian , terima  kasih . 
 
Harap  mendapat pembelaan dan berita  gembira   belanjawan  2011  dan  sebelum 
pilihanraya menjadi kenyataan  dan  ditunaikan.
 
By: NOR MALA
 
Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights
 
 
Saksikan dan baca sendiri begitu banyak projek perumahaan terbengkalai seluruh 
Malaysia yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno/BN 
http://terbengkalai.blogspot.com 

Kirim email ke